Program Iqra’, Nabawan, Sabah

pkpim-admin January 31, 2012 0

 Bismillahirrahmanirrahim

Biro Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah dengan kerjasama Majis Perwakilan Pelajar (MPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Program Iqra’ pada 20-21 Januari yang lalu. Program belangsung selama tiga hari dua malam di Kampung Pandiwan, Nabawan Sabah melibatkan sepuluh orang sukarelawan yang terdiri dari mahasiswa Universiti Malaysia sabah (UMS).

Antara objektif utama program ini adalah untuk membantu saudara-saudara baru di Kampung Pandiwan, Nabawan untuk lebih memahami Islam dengan lebih mendalam. Terdapat lebih 27 keluarga Islam yang terdiri dari saudara baru disini dan masih memerlukan bantuan dari segi pendidikan agama terutamanya dalam ibadah.

Selama tiga hari, program ini banyak dibantu oleh Ustaz Hafiz dan Cikgu Abi yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Pandiwan. Mereka adalah antara individu yang banyak membantu saudara-saudara baru di sini. Ustaz Hafiz bukanlah penduduk asal di Kampung Nabawan. Beliau berasal dari Johor dan telah menetap di kampung Pandiwan selama 11 tahun.

 Golongan reamaja di nabawan diberikan pengisian yang lebih bercorak perbincangan.

 Sukarelawan dan penduduk kampung bergotong-royong menyiapkan khemah.

 Aktiviti bersama anak-anak Nabawan. Sepanjang tiga hari ini kanak-kanak disini diajarkan tentang Islam melalui pelbagai cara seperti menyanyi.

 Para sukarelawan berbincang menganai aktiviti dan perencanaan untuk keesokan hari.

Sepanjang tiga hari, penglibatan dari masyarakat disini sangat menggalakkan. Keperluan meraka bukan sekadar untuk mendapatkan tenaga guru agama tetapi juga terdapat beberapa keluarga yang sangat memerlukan bantuan material. Sehubungan dengan itu, penganjur program juga telah menyediakan sedikit sumbangan yang telah diserahkan sendiri oleh Dr. Abdullah Bade yang merupakan Yang DiPertua ABIM Sabah sewaktu majlis penutupan program Iqra’ ini.

Leave A Response »