Kaki Buku Anjurkan Baca@LRT “SAMPAI” Sempena Sambut Kedatangan Ramadhan

pkpim-admin August 16, 2012 0

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2012: Budaya membaca merupakan sebahagian daripada budaya cemerlang pelajar Islam. Justeru, inisiatif Baca@LRT telah digerakkan oleh para Mahasiswa dari Intellectual Youth Club (IYC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bersama-sama Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak Unit UIAM.

Program ini dipimpin oleh Saudari Sarah Syafiqah, Timbalan Presiden IYC. Program bermula dari LRT Terminal Putra sehingga ke LRT KLCC. Para peserta kemudian dibawa ke Toko Buku Kinokuniya.

Bertemakan “SAMPAI” dengan mengambil semangat kehadiran Ramadhan dalam hadith Al-Rasul SAW: ”Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan SAMPAIkanlah kami ke dalam bulan RAMADHAN”, objektif utama program ini adalah untuk memupuk kesedaran mengisi masa lapang dalam LRT dengan membaca.

Antara pengisian dan perkongsian penting ialah tentang kepentingan membaca karya ilmuwan yang besar, faham ilmu, dan keperluan berfikir (dengan betul).

Program ini dihadiri oleh Lebih kurang 20 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Pusat Asasi UIAM.

Program Baca@LRT merupakan cetusan kreatif para penulis muda yang berkarya secara kreatif di PTS Publication.

Leave A Response »