Martabatkan Bahasa Melayu dan Sistem Pendidikan Kebangsaan Dalam Transformasi Pendidikan

pkpim-admin August 16, 2012 0

KUALA LUMPUR, 28 Jun 2012: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Budaya dalam Sistem Pendidikan telah dianjurkan oleh Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 28 Jun bertempat di Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP).

Majlis pembukaan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis penutupan pula dirasmikan oleh YB Dr. Muhd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) diwakili oleh Presidennya, Ahmad Fahmi Samsuddin, Penolong Setiausaha Agong Mohammad Fazril Saleh,dan exco PKPIM Azizan Ajiji dan Muhd Syahiran Mohammad.

Seminar ini turut merakamkan penyerahan momarandum GAPENA dan kerabatnya yang membantah cadangan mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris dan menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu berdiri teguh dengan dasar pendidikan sedia ada dan perlembagaan negara.

PKPIM turut menyerahkan memorandum transformasi pendidikan Kebangsaan dalam fokus terhadap Bahasa Melayu dan Sistem Persekolahan Kebangsaan pada hari tersebut.

(Memorandum serahan PKPIM boleh dirujuk di laman http://www.pkpim.org.my/2012/08/16/memorandum-halatuju-pendidikan-nasional-masa-depan-negara-dalam-konteks-bahasa-melayu-dan-persekolahan-kebangsaan/ )

(Resolusi Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Budaya dalam Sistem Pendidikan boleh dirujuk di laman http://www.pkpim.org.my/2012/08/16/resolusi-seminar-bahasa-kesusasteraan-dan-kebudayaan-dalam-sistem-pendidikan-kebangsaan/ )

Leave A Response »