KUNJUNGAN SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM) KE MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)

pkpim-admin December 10, 2015 0

mbm

MENARA PRISMA, 10 Disember 2015 – Setiausaha Agung Persatuan Kebangsan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berkunjung ke Pejabat ROY baru-baru ini. Kehadirannya telah disambut mesra oleh Ketua Penolong Pendaftar Cawangan Pendaftaran iaitu Hj Wan Nawi bin Wan Teh.

Tujuan kunjungan ini dibuat adalah untuk membincangkan dan mendapatkan pandangan tentang penstrukturan semula pertubuhan, perlembagaan PKPIM dan penjelasan lebih lanjut berkenaan sistem eROY yang melibatkan semua pertubuhan amnya dan PKPIM sendiri khususnya.

Hasil perbincangan tersebut, Setiausaha Agung PKPIM telah lebih memahami perkara-perkara pokok yang perlu dititikberatkan dalam mentadbir pertubuhan terutama badan gabungan di bawahnya. Beliau juga memaklumkan bahawa PKPIM akan mengadakan satu perjumpaan bersama ahli gabungan bagi menjelaskan perkara-perkara ini dengan lebih terperinci bagi tujuan pembangunan pertubuhan mereka sendiri.

Ketua Penolong Pendaftar juga turut mengingatkan pihak PKPIM agar sentiasa konsisten menghantar MYKD termasuk minit mesyuarat dan laporan tahunan bagi memudahkan pihak ROY menilai dan membantu setiap badan gabungan yang berada di bawah selian PKPIM.

Disediakan Oleh : Sarah Maria Izuma Saruji (ROY HQ)

*Berita ini telah dikeluarkan di laman web rasmi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia,
http://roy.kbs.gov.my/my/berita/436-kunjungan-setiausaha-agung-persatuan-kebangsaan-pelajar-islam-malaysia.html

Leave A Response »