KEMPEN SERIBU INFAQ RM5 PKPIM

pkpim-admin March 17, 2016 0

8804_1057460857629748_9051579721246110485_n

1- Assalamualaikum wbt. Apa khabar teman-teman sekalian? Semoga berbahagia menjalankan kegiatan harian sebagai seorang mukmin dan kader dakwah.
.
2- Sebagaimana kita sedia maklum, PKPIM dan kesemua 14 buah Badan Gabungan Negeri (BGN) seluruh negara berjaya menggerakkan Perkampungan Menara Gading (PMG) peringkat negeri.
.
3- Bulan hadapan (8-11 April), PMG peringkat kebangsaan (PMGK) pula akan kita anjurkan. Sudah pasti penganjurannya menelan belanja yang besar.
.
4- Kelmarin, PKPIM Pusat telahpun melancarkan hebahan kempen “500 Infaq 100” untuk membantu menampung sebahagian kos dalam PMGK nanti.
.
5- Rata-rata kita adalah pelajar dan mahasiswa yang masih menuntut di IPT. Pastinya kebanyakan kita tidak berkemampuan untuk menyumbang sebanyak itu. Maka, bantulah sebarkan mesej tersebut kepada senior-senior kita.
.
6- InshaAllah, kini kita lancarkan pula “Kempen Seribu Infaq Lima Ringgit” untuk menampung kos PMGK di samping memberi peluang kepada semua untuk berinfaq.
.
7- Sasaran kita, seribu orang penggiat dan aktivis PKPIM menyumbang RM5 seorang. Walaupun tak banyak tetapi dapatlah serba sedikit menampung beban secara bersama.
.
8- Segan dan malu rasanya meminita-minta seperti ini, kerana bukanlah menjadi budaya kita untuk meminta-minta. Akan tetapi atas sebab maslahah jamaah, kita gagahkan juga.
.
9- Di samping itu, harus kita sedari bahawa tugas dan kelaziman infaq bagi orang beriman bukan menanti sudah kaya atau mampu baru berinfaq, tetapi setiap kesempatan yang ada wajar berinfaq pada kadar kemampuan masing-masing.
.
10- Mohon sokongan semua. Sumbangan boleh disalurkan melalui:

(a) Wakil PKPIM Kampus atau BGN masing-masing;

(b) Bendahari PKPIM Pusat (Anis Auni: 013-646 3396)

(c) Bank-in ke Akaun Bank PKPIM Pusat (Bank Muamalat: 14010000890717)
.
11- Ini bukanlah suatu arahan atau paksaan kerana berinfaq haruslah dengan kerelaan. Tetapi kami sangat-sangat memohon bantuan kalian atas nama persaudaraan dan amal jama’i. Moga-moga Allah merahmati usaha kita semua.
.
.
Hidup Biar Berjasa

MOHAMMAD FAZRIL BIN MOHD SALEH
Presiden PKPIM

17 Mac 2016

cc: Pimpinan PKPIM, Ahli MKPI dan seluruh penggiat PKPIM

10420267_1056664261042741_391039441547960794_n

Leave A Response »