MAC 8,2017 : PKPIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

pkpim-admin May 16, 2017 0

#INTERNATIONALWOMENDAY #HEWIPKPIM#WANITABERDAYA
#HIDUPBIARBERJASA

MAC 8,2017 : PKPIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

“Wanita… Kerana dari rahim seorang wanita lahirnya tokoh/pemimpin yang hebat”

Tatkala membicarakan tentang wanita, terbayang sosok/keterampilan wanita yang penuh berjuang dan berkorban saat mengandung, melahirkan dan mendidik anak anak menjadi pemimpin yang hebat.

Wanita mempunyai posisi yang strategik dalam kehidupan sesebuah negara. Islam sendiri mengangkat martabat wanita dan menyelamatkannya dari segala bentuk eksploitasi dan diskriminasi.

Wanita di abad 21 harus membugar dan melengkapkan diri dengan ilmu dalam mendepani dunia globalisasi yang serba mencabar. Sejarah telah membuktikan bahawa para wanita telah mendapat peluang yang sama dengan kaum lelaki di bidang ilmu.

PKPIM melalui Majlis Hal Ehwal Siswi Kebangsaan (HEWI PKPIM) sentiasa konsisten memberdaya mahasiswi Malaysia dalam membangun potensi dalam menghadapi dunia serba mencabar kini.

Produk utama seperti Remaja Sahsiah Berkualiti (RES-Q) merupakan inisiatif utama HEWI PKPIM ke arah mengangkat maruah insan dan mendidik sahsiah remaja.

Akhir kalam, wanita perlu menepis kecenderungan cita- cita yang remeh temeh agar mampu membentuk peradaban dan kebudayaan yang tinggi sekaligus melahirkan institusi yang berperanan menunjangi arus kebangkitan negara.

Selamat Hari Wanita Sedunia daripada kami Saff Pimpinan Hal Ehwal Wanita Siswi (HEWI) PKPIM

• Berbangga dan berbahagialah kalian menjadi wanita!
• Selamat Hari Wanita Sedunia!
• Terus bitara, Terus Berjasa!

Fatin Nabilah Azlan
Naib Presiden Hewi 2016-2017
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Leave A Response »