PKPIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU

pkpim-admin May 16, 2017 0

#SELAMATHARIIBU #HEWIPKPIM#HEWIBERDAYA #HIDUPBIARBERJASA

PKPIM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI IBU

“Seorang ibu ibarat sekolah..
Apabila kamu siapkan dengan baik bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya..”

Ibu merupakan salah satu bentuk penghargaan yang tinggi diberikan dalam Islam. Ketaatan kepada seorang ibu berada di tahap setelah ketaatan kepada Allah dan RasulNya.

Pengorbanan ibu dapat dilihat ketika menghadapi kepayahan mengandungkan selama 9 bulan, melahirkan langsung mengasuh dan mendidik anak- anak. Ibu diertikan sebagai “pahlawan kasih sayang” kerana perasaan kasih dan sanggup berkorban apa sahaja dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Tanggungjawab seorang ibu memerlukan kekuatan stamina, komitmen peribadi yang mendalam. Ini membuktikan peranan seorang ibu penting untuk mempertahankan eksistensi manusia.

Justeru, anak-anak dituntut untuk harus berakhlak baik dan sentiasa memperingati pengorbanan ibu kerana seorang ibu tidak akan berhenti mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan buat anak-anak mereka.

Akhir kalam, pengorbanan dan kesungguhan seorang ibu wajar diangkat dan diberi enghargaan kerana jelas berkait kelestarian umat manusia.

Selamat Hari Ibu daripada kami Saff Pimpinan Hal Ehwal Siswi (HEWI) PKPIM

“Ibu Pendidik Ummah”

• Selamat Hari Ibu!
• Syurga di bawah telapak kaki ibu
• Terus bitara, Terus Berjasa!

Naib Presiden Hewi
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Leave A Response »