PKPIM gesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terperinci ke atas perkara yang berlaku ke atas Allahyarhan Zulfarhan.

pkpim-admin June 5, 2017 0

|PKPIM RAKAM DUKACITA, GESA KEADILAN BUAT KADET MUDA|

1. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulqarnain.

2. Penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan teruk kesan didera oleh penuntut lain.

3. PKPIM menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan terperinci ke atas perkara yang berlaku ke atas Allahyarhan Zulfarhan. Keadilan harus ditegakkan bagi mengelak perkara sama berulang di masa hadapan.

4. PKPIM juga menggesa semua pihak menghentikan sebarang spekulasi bagi mengelakkan timbulnya sebarang polemik yang tidak sihat dalam kalangan masyarakat.

5. PKPIM ingin menegaskan bahawa isu ini perlu diberi perhatian serius demi menjaga kemaslahatan para mahasiswa daripada budaya buli yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kebenaran dan keadilan mesti diperjuangkan.

6. Akhir sekali, PKPIM sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Arwah serta berharap seluruh keluarga bersabar atas pemergian keluarga tercinta.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang soleh.

Al-Fatihah.

Hidup Biar Berjasa.

MUHAMMAD KHAIR BIN SUJUD,
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

03 Jun 2017

 

Leave A Response »