PKPIM SAMBUT BAIK PERLANTIKAN SDR FAISAL AZIZ SELAKU TIMBALAN PENGERUSI BERSIH 2.0

pkpim-admin November 3, 2018 0

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik perlantikan Presiden PKPIM ke-28, Sdr Muhammad Faisal Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Bersih 2.0 pada 30hb Oktober 2018 yang lalu.

Pengalaman luas beliau ketika memimpin PKPIM sebagai Presiden dalam perjuangan membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan membawa gagasan Ta’adib Kepemudaan membuktikan kemampuan beliau dalam menggerakkan agenda reformasi-islahiy dan masyarakat madani.

PKPIM akan terus kekal dengan prinsip non-partisan kami dalam memastikan unsur dan budaya politik yang tidak sihat tidak menular dalam kalangan mahasiswa.

Selamat berjasa buat Saudara Faisal!

Hidup Biar Berjasa

Muhamad Nur Iman bin Abdul Khudus
Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Leave A Response »