SEKALUNG TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN DATO’ PROF. DR. SIDDIQ FADZIL SEBAGAI PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH USIM

pkpim-admin November 3, 2018 0

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan tahniah di atas perlantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula daripada 1hb Oktober 2018 sehingga 30 September 2021.

Beliau yang juga merupakan Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1440H dan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak 1427H merupakan Presiden PKPIM ke-10 sewaktu zaman mahasiswa beliau.

Sejak zaman mahasiswa lagi, beliau telah membicarakan gagasan dan idea seperti Pendidikan Al-Hikmah, Manhaj Maliziy, Islam Rahmatan Lil ‘Alamin, Fikih Perubahan (Fiqh Taghyir) dalam usaha untuk membina masyarakat yang berilmu dan berhikmah.

Semoga dengan pengiktirafan oleh USIM kepada Tokoh Ilmuwan Nusantara ini dapat mendorong mahasiswa USIM dalam merealisasikan aspirasi dan visi untuk melahirkan pemimpin umat yang berasaskan ilmu Naqli dan Aqli.

Hidup Biar Berjasa

Muhamad Nur Iman bin Abdul Khudus
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

Leave A Response »