PKPIM MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAF KEPIMPINAN BAHARU KESATUAN ULAMA ISLAM SEDUNIA

pkpim-admin November 9, 2018 0

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan baharu Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) bagi sesi 2018-2022.

Pemilihan Sheikh Dr. Ahmad Al-Raysuni sebagai Ketua KUIS yang baharu dianggap tepat berdasarkan ketinggian ilmu yang dimiliki di samping ketokohan beliau dalam mempelopori agenda Islam yang bersifat kontemporari.

PKPIM meletakkan setinggi-tinggi keyakinan dan harapan kepada KUIS agar dapat terus memainkan peranan penting dalam menegakkan agenda pencerahan buat umat sejagat.

Selain itu, PKPIM turut mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para mantan pemimpin KUIS sebelum ini yang diketuai oleh Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang menggalas tanggungjawab memimpin ribuan ulama Islam seantero dunia di bawah kesatuan ini.

Akhirul kalam, PKPIM akan terus berusaha untuk merealisasikan agenda mengulamakan intelektual dan mengintelektualkan ulama serta menyebarkan mesej Islam sebagai rahmat buat sekalian alam.

Hidup Biar Berjasa

Leave A Response »