Perutusan Presiden Sempena Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018

pkpim-admin November 13, 2018 0

Perutusan Presiden
Sempena Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018
13 November 2018

SELANGKAH BERGELAR MAHASISWA

1 – Bismillahir rahmanir Rahim. Dengan nama Allah, rabb sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dikasihi dan dirahmati Allah swt.

Adik-adik calon STPM sekalian,

2 – Mewakili Saf Qiyadah dan semua aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saya mengucapkan bittaufiq wannajah, selamat maju jaya kepada semua calon-calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun ini.

3 – “Sijil STPM diiktiraf oleh Cambridge Assessment, United Kingdom, iaitu setaraf peringkat A-level. Apabila Cambridge Assessment mengiktiraf STPM, maka sijil ini mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini bermakna, para pelajar lulusan STPM bukan sahaja boleh melanjutkan pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi tempatan, malahan diterima masuk ke universiti luar negara” (Mahdzir Khalid, 2017).

4 – Daripada kenyataan bekas Menteri Pendidikan, taraf penuntut sijil STPM adalah sama seperti matrikulasi, A-Level dan pelbagai lagi kelulusan pra-universiti. Jadi, berbanggalah kalian bahawa kalian tinggal selangkah lagi hendak bergelar mahasiswa.

Adik-adikku yang Bitara,

5 – Bagi yang bakal menduduki peperiksaan bertulis Semester 3 2018, Semester 1 2019, peperiksaan ulangan, jangan cepat berputus asa dan berhenti berusaha walau setelah mendapat keputusan.

6 – Perjalanan hidup masih panjang, dan STPM hanyalah salah satu titik persinggahan dalam kehidupan kita.

7 – Kami di peringkat PKPIM Kampus dan Badan Gabungan Negeri (BGN) mengalu-alukan kemasukan adik-adik ke Menara Gading!

8 – Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua!

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMAD NUR IMAN BIN ABDUL KHUDUS
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

13 November 2018

Leave A Response »