PERUTUSAN KHAS PRESIDEN: MENEROKAI POTENSI KEPIMPINAN, MEMPELOPORI KEBITARAAN GERAKAN

pkpim-admin November 15, 2018 0

Perutusan Khas Presiden
Sempena Pengumuman Saf Kepimpinan PKPIM Sesi 2018/2019
14 November 2018

MENEROKAI POTENSI KEPIMPINAN, MEMPELOPORI KEBITARAAN GERAKAN.

Bismillahir rahmanir Rahim. Dengan nama Allah, rabb sekalian alam. Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang dikasihi dan dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah usai 30 hari kami diberi kepercayaan atas taklifan amanah ini, telah dibincangkan dan dibahaskan senarai kepimpinan untuk PKPIM Pusat bagi sesi kepimpinan 2018/2019. Senarai penuh Saf Kepimpinan PKPIM Pusat Sesi 2018/2019 adalah seperti berikut:

Presiden: Muhamad Nur Iman bin Abdul Khudus
Timbalan Presiden: Mohd Lukman Nurhakim Bin Kamazan
Naib Presiden:
1. Mohd Hakim Mohd Nizam
2. Muhamad Zaki Khairul
3. Mohamad Ridhwan Rosli
4. Fatin Nabilah Azlan
Setiausaha Agung: Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin
Bendahari Kehormat: Rabiatul Adawiyah Mohamed Jamil

– BARISAN EXCO –
▶️ Dakwah & Tarbiyyah:
1. Anis Izzati binti Aznan
2. Siti Nadia binti Zainal
3. Muhammad Madani bin Mustapha

▶️ Latihan & Pembangunan
1. Mohd Luqmanul Hakim bin Naim
2. Nur Hanani binti Mohamad Leow

▶️ Penolong Setiausaha Agung:
1. Ahmad Farhan bin Rosli
2. Nu Nabilah binti Mohamad Sharif

▶️ Penolong Bendahari Kehormat: Nur Balqis Faraheen binti Zainuddin

▶️ Hal Ehwal Siswi (HEWI): Nurul Fatihah binti Hamzah

▶️ Hal Ehwal Negeri: Muhammad Aqil Iqbal bin Mohd Zulkifli

▶️ Pendidikan & Penyelidikan: Ahmad Amsyar bin Effendy

▶️ Media & Advokasi: Nurul Zariah binti Jakaria@Zakaria

▶️ Pembangunan Sosial & Belia
1. Nik Muhammad Ismail bin Nik Yusoff
2. Nurul Nadzirah binti Mohd Zin

▶️ Perhubungan Antarabangsa: Irfan bin Mohamad Fairus

Dengan kepimpinan seramai 23 orang yang terdiri daripada 11 Negeri dan 10 Kampus, kami yakini akan kemampuan dan kepelbagaian pendapat setiap EXCO PKPIM Pusat.

Bagi para pimpinan BGN & Kampus, yakini akan kemampuan kalian dan potensi yang kalian miliki.

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (Surah as-Saf (61): 4)

Setiap pimpinan punyai tempatnya di kepimpinan, dan harus dibangunkan potensi mereka sebaiknya.

Setiap pembangunan harus disulami dengan kefahaman agama sebagai yang paling utama dan kefahaman ilmu kontemporari sebagai pelengkap.

Dalam mendepani era yang sangat dinamik ini, sudah menjadi satu keperluan (jikalau boleh satu kemestian) untuk kita mengolah cara baharu berdakwah dalam mengekalkan tradisi, nilai keislaman dan moral.

Tanpa ahli gerakan Islam untuk memelihara nama Islam dan mempelbagaikan metod dakwah, tidak mungkin kita akan menghilangkan islamophobia daripada persepsi penganut agama lain.

Teman-teman seperjuangan sekalian,

Kami menginsafi kekuatan dan kelemahan kami diperingkat PKPIM, dan kami mengalu-alukan ruang kerjasama dan wacana diskusi yang lebih meluas.

Berbekalkan semangat juang daripada teman-teman di BGN dan Kampus, PKPIM akan sentiasa komited dalam memperjuangkan agenda pemberdayaan anak muda, mahasiswa dan pelajar-pelajar.

Sekarang adalah masa untuk kita berjasa pada masyarakat.
Sekarang adalah masa kita untuk berjasa pada umat.

HIDUP BIAR BERJASA

MUHAMAD NUR IMAN BIN ABDUL KHUDUS
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

14 November 2018

Leave A Response »