International Day of Solidarity with the Palestinian People

pkpim-admin November 30, 2018 0

ALERT PALESTINE – International Day of Solidarity with the Palestinian People

Tanggal 29 November setiap tahun dipilih sebagai Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin. Acara tahunan ini dilaksanakan selepas beberapa sidang Perhimpunan Agung PBB berlangsung melalui resolusi 32/40 B (2 Disember 1977), 34/65 D(12 Disember 1979) dan beberapa resolusi lain yang diadaptasikan daripada agenda ‘Question of Palestine’. Hari Solidariti Antarabangsa ini merupakan suatu platform yang bertujuan membawa misi kesedaran mengenai masalah yang berlaku di Palestin yang masih belum selesai sehingga hari ini di samping membuka mata masyarakat sejagat mengenai hak-hak rakyat Palestin yang semakin ditindas. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan juga NGO sempena hari tersebut untuk memupuk kesedaran masyarakat di seantero dunia.

Justeru, pihak PKPIM bersama dengan Demokrat UM dan Al-Quds Foundation telah mengambil satu inisiatif bagi menjayakan sebuah kempen kesedaran Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin dengan mengadakan kempen dalam talian. Kempen ini diadakan secara berterusan di media-media sosial dan diakhiri dengan acara ‘Speaker’s Corner’ di Universiti Malaya pada 29 November.

Antara aktivis mahasiswa yang berucap semasa program tersebut ialah Saudara Akmal Hazieq (Demokrat UM), Saudara Mohamad Waleed (Al Quds Foundation) dan Saudara Irfan Faruqi (PKPIM). Selain pengucapan awam, sebaran risalah dan poster turut dilakukan dengan mensasarkan para mahasiswa UM yang hadir pada hari berkenaan.

Penulisan mengenai kesedaran isu ini yang ditulis oleh saudara Akmal Haziq turut dimuatkan di tapak web NadiSiswa [1].

Akhir kata, isu Palestin ini bukanlah sekadar isu keagamaan semata-mata. Isu yang merentas budaya dan bangsa ini lebih kepada semangat kebersamaan sesama insan. Kita seharusnya bersatu dan mengetepikan perbezaan pendapat dan ideologi. Semangat solidariti dan sifat cakna mengenai isu ini juga merupakan contoh terbaik yang boleh kita lakukan pada peringkat awal.


[1] http://nadisiswa.com/archives/2876

Leave A Response »