PKPIM bersama UiTM didik mahasiswa kenali sistem pilihan raya

pkpim-admin March 25, 2019 0

RAUB – Generasi belia sepatutnya mempunyai idealisme tinggi dalam menentukan kerajaan masa hadapan dengan mengetahui isu semasa berkaitan dengan politik

Atas dasar itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub, Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pelajar Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menganjurkan program Seminar Kebangsaan yang bertemakan Reformasi Sistem Pilihan Raya : Manfaat Untuk Generasi Muda.

Penolong Pengarah Program, Akmal Hisham Abdul Rahim berkata sosialisasi politik atau kesedaran belia untuk terbabit dalam mengambil perhatian terhadap politik penting sekali gus mengambil tahu mengenai perjalanan dasar negara tidak memuaskan.

Menurutnya, generasi muda diharap tidak ketinggalan memahami politik dalam usaha kerajaan dan badan bukan kerjaan (NGO) membawa agenda Reformasi Sistem Pilihan Raya di Malaysia.

“Beberapa sidang perbincangan dijalankan dan dikendalikan oleh panelis jemputan, Che Hamdan Che Mohd Razali, yang turut terlibat dalam sidang yang membincangkan tajuk Pendidikan Politik untuk Generasi Muda.

“Dalam sidang yang sama beliau turut bersama seorang lagi panelis iaitu Hasnul Haniff, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM). Program dimulakan dengan ucapan perasmian Yang di Pertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof.

“Selepas itu, program diteruskan dengan sesi dialog bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Steven Sim Chee Keong.Antara perkara lain yang turut dibincangkan di dalam Parlimen ini adalah Reformasi Sistem Pilihan Raya: Ke arah penambahbaikan dan Reformasi Pilihan Raya: Apa Peranan Masyarakat Sivil,” katanya.

Seramai 220 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan juga turut mendapat sambutan daripada peserta luar dan Alumni FSPPP Kampus Raub.

Akmal Hisham yang juga merupakan pensyarah sains politik UiTM Kampus Raub berkata program ini juga diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman para peserta tentang pembaharuan dalam sistem pilihan raya.

Menurutnya, program ini memberikan platform kepada anak muda untuk melontarkan idea dan pendapat dalam usaha untuk mereformasikan sistem pilihan raya di Malaysia.

“Anak muda seharusnya diberikan pendedahan sebegini supaya mereka sedar dan maklum tentang perubahan yang telah dan bakal berlaku dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

“Seperti contoh, sekiranya undian dalam pilihan raya dibuka kepada pengundi 18 tahun, adakah mereka telah bersedia untuk mengundi? Adakah mereka betul-betul faham sistem demokrasi di Malaysia? Sebab itulah kita adakan seminar ini sebelum perubahan dalam pilihan raya dibuat,” katanya.

https://kampusuols.com/article/427958?fbclid=IwAR1DoKRSMVWAN2AiZhGW-s-lU_VIg6_AGYMGGTzDSoEYXlH4tEarrPE80PE

Leave A Response »