Kunjungan Hormat PKPIM bersama Menteri Luar Malaysia

pkpim-admin April 17, 2019 0

PKPIM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB. Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri di Wisma Putra hari ini. Kunjungan ini diadakan bagi membina jaringan antara PKPIM sebagai Badan Masyarakat Madani (CSO) mewakili Pelajar Islam di Malaysia dengan Kementerian Luar Negeri (KLN).

PKPIM juga menyampaikan hasrat untuk bekerjasama dengan KLN dalam hal ehwal antarabangsa, terutamanya di rantau Asia Tenggara dengan tema Dunia Islam (the Muslim World) melalui penganjuran wacana dan latihan.

PKPIM diwakili oleh Presiden PKPIM, sdr. Iman Abdul Khudus, Naib Presiden PKPIM, sdr. Hakim Nizam dan Exco Antarabangsa, sdr. Irfan Fairus.

Hidup Biar Berjasa

Leave A Response »