KENYATAAN MEDIA PKPIM ISU PTPTN

pkpim-admin May 23, 2019 0
Image result for ptptn pkpim

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan PTPTN bagi menimbang semula cadangan untuk menyekat perjalanan ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang PTPTN.

Pihak pengurusan PTPTN sewajarnya lebih rasional dalam menetapkan sebarang cadangan tanpa menindas dan menekan hak peminjam sebagai rakyat Malaysia dalam usaha memastikan peminjam melunaskan semula hutang PTPTN.

PKPIM juga menyeru agar diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN terus dilaksanakan dan mahu kos upah (ujrah) dihapuskan kerana hal ini mewujudkan hutang tambahan kepada peminjam PTPTN.

PKPIM juga ingin menggesa janji 5 buku Harapan yang menyatakan iltizam Pakatan Harapan untuk meringankan beban hidup yang ditanggung anak muda dengan menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4000 sebulan dilaksanakan. Ini juga termasuklah langkah memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam.

PKPIM mengharapkan agar segala solusi dan cadangan yang dikemukakan PTPTN bagi menyelesaikan kemelut ini dilakukan dengan berhemah serta tidak mendera para graduan bagi memastikan kebajikan generasi muda terjamin.

Muhamad Nur Iman Abdul Khudus
Presiden PKPIM

Leave A Response »