Mukhayyam Daie Mahasiswa Kebangsaan 2019

pkpim-admin May 23, 2019 0

18-19 Mei 2019 – “Dakwah dan Tarbiyyah adalah ‘core bussiness’ (jawharul amal) dalam setiap pergerakan kita dan ianya adalah asas utama dalam gerakan.”
.
Demi memastikan kelangsungan gerakan ini, Unit Tarbiyah, Pendidikan dan Latihan (TARPEL) ABIM bersama Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) PKPIM telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program bersifat tahunan di peringkat kebangsaan iaitu Mukhayyam Daie Mahasiswa Kebangsaan 2019 dengan tema “Memburu Pejuang Badar”.
.
Seramai 38 orang telah melibatkan diri dalam program ini selama 2 hari 1 malam bertempat di Klana Beach Resort, Port Dickson.
.
Turut berkongsi pengalaman serta ilmu sepanjang program adalah Ustaz Naim Mohd Nor bersama Sdr.Khairul Anwar Ismail selaku murabbi.
.
Antara pengisian yang ditekankan dalam program ini adalah menghadam buku asas gerakan Islam iaitu Mengapa Saya Perlu Menganut Agama Islam dan juga sesi tadabbur ayat Al-Quran.
.
Moga dengan perkongsian sepanjang program dapat memberi pencerahan kepada para daie mahasiswa dan merancakkan lagi agenda pelapisan pemimpin muda pada masa akan datang.
.
Hidup Biar Berjasa !
.
#MemburuPejuangBadar
#LiMaza

Leave A Response »