Tamrin Rijal Nasional 2019

pkpim-admin June 30, 2019 0

21-23 Jun 2019 – ” Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dari perhambaan sesama hamba kepada perhambaan tuhan yang satu (Min ‘ibadatil ‘ibad ila ‘ibadatillah) .” – Rabi’ Bin Amir
.
Demi memastikan kelangsungan gerakan ini, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) PKPIM bersama Angkatan Rijal Ad-Dakwah (ARD) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program bersifat tahunan di peringkat kebangsaan iaitu Tamrin Rijal Nasional 2019 dengan tema “Min ‘Ibadatil ‘Ibad Ila ‘Ibadtillah”.
.
Seramai 27 orang telah melibatkan diri dalam program ini selama 3 hari 2 malam bertempat di Pusat Rekreasi Air Balok, Kuantan.
.

Pengisian serta aktiviti sepanjang program ini adalah berdasarkan buku rujukan asas gerakan iaitu ‘Muthaqittun Fii Thoriq Ad-Dakwah’ (Golongan Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah). Antaranya adalah Kupasan Ringkas berkaitan buku tema program, Karakter Rijal Ad-Dakwah, Ibrah Peperangan Rasulullah, Masjid Asas Ketaqwaan dan juga ‘Aisy ‘Azizan au Mut Syahidan’.
.
Moga dengan perkongsian sepanjang program dapat memberi pencerahan kepada anggota Angkatan Rijal Ad-Dakwah (ARD) dan merancakkan lagi agenda pelapisan pemimpin muda pada masa akan datang.
.
Hidup Biar Berjasa !
.
#Min‘Ibadatil’IbadIla’Ibadatillah
#ARD’19

Leave A Response »