DELIGASI PKPIM KE RISEAP’S YOUNG MUSLIM LEADERS SEMINAR

pkpim-admin July 1, 2019 0

25-29 Jun 2019 (Selasa-Sabtu) – Alhamdulillah, dua orang deligasi PKPIM iaitu Saudara Aqil Iqbal Zulkiffli dan Saudara Hakimi Hadi telah menyertai Young Muslim Leaders Seminar yang diadakan di Kuching, Sarawak.
.
Program ini merupakan usahasama antara Regional Islamic Da’wah Council of Southeast Asia & the Pacific (RISEAP) dan Sarawak Islamic Information Centre (SIIC) demi memastikan keberlangsungan dalam melahirkan pemimpin muda. 

Seramai 35 orang peserta dari 9 buah negara (Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Maldives dan Filipina) yang mewakili pelbagai organisasi muslim telah turut serta dalam menjayakan program ini.
.
Seminar ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib selaku Naib Presiden RISEAP. 

Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini telah menumpukan aspek pembinaan karakter penting seorang pemimpin serta memberi pendedahan tentang kepelbagaian dalam bingkai kesatuan khususnya dalam keharmonian beragama. Selain itu, para peserta turut didedahkan dengan keunikan budaya negeri Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan suku kaum.
.
Diharapkan dengan penganjuran seperti ini mampu menjadi satu wadah dalam menyatukan organisasi muslim khususnya dalam peringkat pelajar di negara-negara yang mempunyai kelompok muslim minoriti selaras.
.
Moga kita terus sakti dalam berbakti.
.
Hidup Biar Berjasa !

#HidupBiarBerjasa
#DevelopingIspiringYouthMuslimLeaders

Leave A Response »