MALAYSIA MERDEKA : PKPIM SERU KUKUHKAN PERPADUAN RAKYAT

pkpim-admin September 12, 2019 0

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan kali ke-62 buat seluruh rakyat Malaysia.

PKPIM berpandangan semangat hidup damai bersama harus diteguhkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya di negara ini.

PKPIM menyeru seluruh rakyat Malaysia menghayati lima prinsip utama Rukun Negara yang wajar dijadikan ikrar kesatuan seluruh rakyat Malaysia.

PKPIM menggesa seluruh rakyat Malaysia lebih menghormati sensitiviti perbezaan yang ada serta lebih cermat dalam penggunaan media sosial yang dilihat sebagai punca utama timbulnya salah faham dalam kalangan rakyat.

Marilah kita menghayati pesanan kemerdekaan Bapa Kemerdekaan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj .. “Our future depends on how well many different kinds of people can live and work together…” dalam memeta masa depan Malaysia yang lebih baik.

Ayuh kita rakyat Malaysia; semuanya, yang taat setianya adalah kepada Yang di-Pertuan Agong & Raja-raja Melayu, Jalur Gemilang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia,kita maknai kemerdekaan ini dengan satu kata “Kami Bangga Jadi Rakyat Malaysia”.
.

Sayangi Malaysiaku; Malaysia Bersih
Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !!
Hidup Biar Berjasa!!! Muhamad Nur Iman Abdul Khudus,
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
.

31 Ogos 2019.

Leave A Response »