Tamrin Qiyadi Kebangsaan (TQK) 2019

pkpim-admin September 26, 2019 0

Wangsa Maju, 13-16 September 2019 – “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang Mahdiyin (Mengetahui kebenaran dan membawa pimpinan ke jalan yang benar). – HR Ibnu Majah.
.
Demi memastikan kelangsungan gerakan ini, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (JDPI) PKPIM bersama Ultimate Trainers (ULTRA) Team telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program bersifat tahunan di peringkat kebangsaan iaitu Tamrin Qiyadi Kebangsaan (TQK) 2019 dengan tema “Khulafa Ar Rasyidin : Karakter Kepimpinan Mahdiyin, Pejuang Kebenaran Ad-Din”.
.

Seramai 30 orang pimpinan dan 11 orang Nuqaba’ yang terpilih dari seluruh Malaysia mewakili BGN dan Kampus telah melibatkan diri dalam program ini selama 4 hari 3 malam bertempat di Pusat Pendidikan Lestari Alam Sekitar (PALAS), Yan, Kedah.
.
Pengisian serta aktiviti sepanjang program ini adalah berdasarkan ibrah daripada kisah-kisah khulafa Ar-Rasyidin yang benar. Matlamat akhir program ini adalah tancap kembali minda berkaitan sistem dan budaya gerakan Islam dengan cara yang benar demi hasil yang benar.
.
Moga dengan pengisian yang dikongsikan sepanjang program ini dapat mengencarkan lagi agenda dakwah khususnya di tempat masing-masing pada masa akan datang.
.
Hidup Biar Berjasa !

.
#KhulafaYangBenar
#Al-IlmuWal-FiqhuWal-Iman
#TQK’19

Leave A Response »