NAIB PRESIDEN & BENDAHARI KEHORMAT PKPIM HADIRI PERHIMPUNAN AGUNG DWITAHUNAN RISEAP KE-18

pkpim-admin November 8, 2019 0

1-7 November 2019 (Bangkok, Thailand)

Alhamdulillah, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Saudara Ahmad Amsyar serta Bendahari Kehormat PKPIM, Saudari Balqis Faraheen telah menghadiri Perhimpunan Agung Dwitahunan Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik (RISEAP) bertempat di Bangkok, Thailand.

Perhimpunan Agung ini telah disertai puluhan aktivis dakwah dari negara-negara ASEAN dan Asia Pasifik di samping saf kepimpinan RISEAP yang diterajui oleh TYT Tun Pehin Sri Taib Mahmud, Yang di-Pertua Negeri Sarawak selaku Presiden RISEAP.

Acara ini bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang perwakilan dari pelbagai pertubuhan belia yang merupakan badan gabungan RISEAP seperti PKPIM, ABIM, HMI, PII, TMSA dan FMYM seterusnya dapat memperkukuh jaringan antarabangsa PKPIM.

Hidup Biar Berjasa!

Leave A Response »