PKPIM WAKILI MALAYSIA KE PERSIDANGAN PEMUDA OIC

pkpim-admin November 27, 2019 0

22-26 November 2019 (Jakarta, Indonesia)

Alhamdulillah, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah hadir dalam Persidangan Pemuda Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertempat Bangunan Dewan Pemesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia.

Delegasi PKPIM telah diketuai Presiden PKPIM, Saudara Farhan Rosli beserta Saudari Balqis Faraheen, Bendahari Kehormat, Saudari Afifah Zainuddin, EXCO PKPIM Pusat dan Saudari Sazlin Hamdan, EXCO PEPIAS.

Persidangan kali ini menfokuskan empat tema utama dalam dunia Islam iaitu soal dasar luar berkaitan isu Palestin dan Kashmir, isu kesihatan mental dalam kalangan pemuda Islam, isu ekonomi dalam era digital dan isu berkaitan radikalisme dalam kalangan generasi muda.

Persidangan kali ini telah dihadiri lebih daripada 300 delegasi mewakili hampir semua negara angora OIC. Moga jaringan persaudaraan dalam kalangan pemuda terus kukuh demi masa depan umat yang lebih gemilang.

Hidup Biar Berjasa!

Leave A Response »