NAIB PRESIDEN PKPIM HADIRI MAJLIS PERASMIAN KONGRES HIMPUNAN MAHASISWA ISLAM (HMI) KE-32

pkpim-admin March 2, 2020 0

1 Mac 2020 (Kendari, Indonesia)

Alhamdulillah, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Saudara Ahmad Amsyar telah hadir memenuhi jemputan rakan strategik PKPIM dan badan gabungan PEPIAT, Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) dalam kongresnya yang ke-32 bertempat di Kendari, Sulawesi Tenggara, Indonesia.

Kongres ini telah disertai puluhan aktivis HMI serata Indonesia dalam membahaskan isu-isu berbangkit serta menentukan saf kepimpinan baharu HMI.

Semoga hubungan antara kedua-dua gerakan pelajar Islam ini bertambah erat menerusi acara ini dalam memantapkan agenda dakwah dan pembangunan insan di rantau ini.

Hidup Biar Berjasa!

Leave A Response »