SELAMAT HARI ULANG TAHUN UKM KE-50

pkpim-admin May 18, 2020 0

“Inilah Varsiti Kita,
Ditengahkan hasrat rakyat kita,
Dari mula untuk semua,
Bagai tanda perjuangan kita”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-50!

IPT cetusan hasrat rakyat yang digerakkan oleh PKPIM dahulu kini telah berjaya menjadi sebuah institut pendidikan tinggi tempatan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang turut menempa nama di persada antarabangsa dengan menduduki tangga ke-13 dalam kalangan 50 buah universiti yang berumur bawah 50 di serata dunia menurut QS Top 50 Under 50 2020.

“Mengilham Harapan, Mencipta Masa Depan”

Leave A Response »