SELAMAT HARI ULANG TAHUN UIAM KE-37

pkpim-admin May 20, 2020 0

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-37 penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Perjuangan merealisasikan idea tertegak sebuah universiti Islam di Malaysia begitu signifikan dengan perjuangan mahasiswa Islam, organisasi Islam dan intelektual Islam seluruh negara.

Antara peranan signifikan PKPIM dalam liku panjang perjuangan penubuhan universiti Islam adalah melalui penganjuran Kongres Kemajuan Islam Semalaysia pada Mei 1968, Kongres Universiti Islam pada Mei 1971 dan Surat Saudara Anwar Ibrahim, Presiden PKPIM ke-8 bertarikh 23 September 1969 kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Husein memohon agar kerajaan tidak menangguhkan hasrat penubuhan sebuah universiti Islam di Malaysia.

Semoga UIAM terus maju dan konsisten menjadi pusat kecemerlangan intelektual muslim dan berterusan melahirkan pimpinan masa depan umat.

Hidup Biar Berjasa!

Leave A Response »