NAIB PRESIDEN PKPIM WAKILI MALAYSIA DALAM MODEL SIDANG OIC MAYA

pkpim-admin June 14, 2020 0

2-12 Jun 2020 (Dalam Talian [Zoom])

Alhamdulillah, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM, Saudara Ahmad Amsyar telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Model Sidang OIC Maya anjuran “Islamic Cooperation Youth Forum” (ICYF) yang turut disertai ratusan aktivis belia Muslim serata dunia khususnya dari negara-negara ahli OIC.

Sdr. Amsyar juga bertindak selaku perwakilan Albania secara olok-olok dalam “Independent Permanent Human Rights Council” (IPHRC) bagi membincangkan soal cabaran sosial dan kemanusiaan pasca penularan wabak COVID-19 yang membawa pelbagai ancaman terhadap hak asasi manusia terutamanya umat Islam sedunia.

Acara ini turut menampilkan empat orang sarjana dan aktivis daripada beberapa buah negara dalam menyampaikan topik-topik seperti ekonomi pembangunan, cabaran sosial, pemerkasaan wanita dan kesihatan awam melalui sesi webinar.

Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur ICYF @icyf_official yang juga merupakan salah satu rakan strategik antarabangsa PKPIM.

Hidup Biar Berjasa!

Leave A Response »