PKPIM SOKONG PENUH PARLIMEN DIGITAL

pkpim-admin July 3, 2020 0

3 Julai 2020

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyokong penuh inisiatif Parlimen Digital yang bakal berlangsung pada 4 & 5 Julai 2020.

Lebih membanggakan, program ini digerakkan oleh sekumpulan anak muda yang prihatin kepada fungsi parlimen terutama dalam soal melibatkan kepentingan awam dan maslahat umat.

Isu-isu dan hujah-hujah yang dibangkitkan sepanjang persidangan Parlimen Digital wajar diberikan perhatian oleh pemegang taruh utama negara bagi memastikan suara rakyat terutama generasi muda tidak diketepikan.

PKPIM bersedia untuk menjadi perantara dan menyokong setiap cadangan yang dicadangkan bagi memastikan struktur demokrasi negara ini terus dipertahan.

Selamat bersidang buat seluruh 222 Ahli Parlimen Digital.

Hidup Biar Berjasa.

AHMAD FARHAN ROSLI
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Leave A Response »