PKPIM | Hidup Biar Berjasa

Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri 61

PERANAN ABADI
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahumma solli ‘ala Saiyidina Muhammad, wa ‘ala alihi wasohbihi ajma’in.

Serasanya, tiada seorang tokoh dalam sejarah dan ketamadunan manusia yang andai disebut, mampu mengalahkan keperibadian dan citra seorang watak bernama Muhammad S.A.W. Sebutkan sahaja tokoh-tokoh pemikir dan pencorak tamadun dunia yang ternama yang besar pernah dilakarkan selain baginda S.A.W, sudah tentu tiada yang setara.

sumber foto : http://shafiqolbu.wordpress.com

Ayuh, kita lihat dari satu aspek yang sangat peribadi dan tulus dalam menilai seseorang tokoh, aspek yang jarang disebut-sebut apabila bercakap mengenai ketokohan dan andai disebutkan pun mungkin secara terhad dan malu-malu, yang sebenarnya mengangkat martabat seseorang tokoh itu berbeza berbanding tokoh-tokoh yang lain iaitu akhlak / akhlaq.

Jarang sekali apabila seseorang tokoh itu diangkat, disebutkan juga tentang keperibadiannya yang boleh menjadi ikutan. Albert Einstein sendiri meskipun genius, tetapi tidak pula kita digalakkan untuk menjalani kehidupan seperti beliau. Bahkan, ada juga yang beranggapan bahawa gaya hidup seorang manusia genius sebegitu adalah satu kegilaan. Begitulah juganya dengan nama-nama besar yang lain. Kita seringkali dikagumkan dengan diri mereka yang terhad pada sesuatu perkara, tidak keseluruhannya tentang diri mereka.

Nah, fikirkan, tiada insan dalam dunia ini yang dilakar dan dirakam peribadinya dengan penuh teliti dan menyeluruh bahkan dihebahkan agar menjadi ikutan dan panduan sekalian alam seperti Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Hendak makan, berpakaian, tidur bahkan bercakap pun, kita digalakkan—bahkan diberikan pahala!—untuk mengikuti baginda S.A.W. Sehingga hari ini, baginda S.A.W masih relevan dan tidak lapuk untuk diikuti oleh segenap lapisan masyarakat.

Bukankah baginda S.A.W digelar sebagai rahmat Ilahi bagi semesta sekalian alam?

Rasulullah S.A.W memainkan peranan abadi sebagai uswatun hasanah, tauladan dan pembimbing yang sentiasa berwibawa semenjak dahulu hatta ke masa nanti. Baginda S.A.W mencarakan gaya kehidupan, fikiran, perangai, tingkah laku, perkataan dan sebagainya—dan baginda S.A.W meletakkan satu piawaian yang bersederhana, tidak lebih tidak kurang yang ternyata mampu dicapai dan dilaksanakan oleh manusia keseluruhannya. Baginda S.A.W banyak mengajar kita untuk menjadi tulus; baik di hadapan ramai ataupun ketika berseorangan. Ah, tidak pernah kita mendengar kisah cela baginda berbuat maksiat ketika berseorangan. Jika tidak, masakan diangkat menjadi utusan terakhir!

Kegagalan untuk memperkenalkan Rasulullah S.A.W dan mencintai baginda, serta meletakkan baginda di tempat yang sepatutnya adalah satu perkara yang berat. Anak-anak muda kini mungkin lebih mengenali Faizal Tahir, Justin Bibir atau Christiano Ronaldo. Sehinggakan kita sering tertanya-tanya dalam hati, mengapa tindakan kita kadangkala terasa seperti ada salahnya? Apakah tiada panduan yang benar dalam melakukan sesuatu? Apakah setiap perkara dalam dunia ini berlangsung dengan formulasi akal kita yang tidak disandarkan kepada satu sandaran yang kukuh dan benar?

Ayuh tuan-tuan dan puan-puan yang membaca, sejauh ini anda merangkum aksara-aksara bagi membentuk kata dan memahami makna. Apalah kiranya luangkan 3 saat sekali berselawat dan bertanya kepada ahli keluarga, “Kenal tak siapa Muhammad bin Abdullah?”

Wallahua’lam.

Syed Putra Iqmal Bin Syed Badli Shah

Exco Dakwah & Tarbiyah PKPIM 2011 / 2012

Srikandi Zainab Al-Ghazali
Daieyah Zainab al-Ghazali

Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam

Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.

Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu. Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Zainab al-Ghazali meyakinin bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal social, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.

Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan social apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku’ (Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin. Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.

Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).

.Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah. Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.

Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.

Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2188.0\

Multaqa’ Nuqaba’ Kebangsaan
Bismillahirrahmanirrahim,

Tauhid merupakan teras kehidupan seorang muslim. Firman Allah SWT dalam Surah al- Ikhlas ayat 1 hinga 4,  jelas menerangkan akan konsep Tauhid yang sebenarnya. Oleh itu, sebagai umat Islam adalah wajib keatasnya untuk mempunyai kefahaman dan pengetahuan ilmu yang luas yang membawa kepada kebenaran dan kebesaran Allah SWT. Ciri-ciri inilah yang harus ada pada setiap orang yang menjadi daie.

Oleh itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Program Multaqa’ Nuqaba’ peringkat kebangsaan pada 9-11 Februari 2012 yang lepas di Kem Herba, Hulu Langat. Program yang bertemakan ‘Daie Tauhidik Teras Pendidikan Ummah’, dihadiri oleh seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PKPIM seluruh Malaysia. Penglibatan peserta-peserta dari Badan Gabungan Negeri juga amat menggalakkan di dalam program ini.

Selama tiga hari dua malam, pengisian penuh telah diberikan oleh Ustaz Jaafar (WADAH Negeri Sembilan) selaku jurulatih program. Pengisian kali ini berfokus kepada pembentukan cara fikir berlandaskan ketauhidan kepada Allah SWT. Ini kerana, untuk menjadi seorang daie memerlukan kepada garis ilmu yang benar dan memahami secara keseluruhan akan kesyumulan agama Allah yang diterima di sisi-Nya iaitu Islam. Penekanan program ini adalah lebih menjurus kepada beberapa aspek sesuai dengan perkembangan zaman dan gerakan PKPIM:

Pemahaman dan penekanan kepada konsep tauhid kepada Allah SWT

Kemahiran generik intrapersonal dan interpersonal pendakwah

Memperbaharui teknik dakwah dan kaderisasi

Responsiviti terhadap isu semasa

PKPIM mengambil langkah proaktif untuk menggiatkan usaha pencarian individu-individu muslim bagi memantapkan kembali umat Islam selari dengan cabaran perkembangan masa kini. Justeru, diharapkan Multaqa’ Nuqaba’ ini akan dapat melatih individu muslim yang sedia ada untuk menjadi yang terbaik dalam menggiatkan usaha pendidikan tauhidik kepada masyarakat.

MENGURUS ADABUL AL-IKHTILAF
Fenomena al-sahwah al-Islamiyyah atau gelombang kebangkitan Islam di era semasa hari ini dapat dikenalpasti menerusi banyak tanda. Antara tanda tersebut ialah kemunculan pergerakan dan pertubuhan Islam yang pelbagai di seluruh dunia Islam. Kemunculan ini didorong oleh kesedaran masyarakat Islam akan keperluan dan kepentingan kepada satu dayausaha yang tersusun secara berkumpulan bagi menyumbang kepada pembangunan ummah dan menangani cabaran rencam dunia moden yang berkembang.

Di negara kita Malaysia, tanda-tanda fenomena al-shahwah al-Islamiyyah juga dapat dikesan menerusi pertumbuhan beberapa pergerakan dan pertubuhan Islam. Dalam konteks perbincangan akademik semasa, pertubuhan yang sering menjadi bahan rujukan dan perbahasan ialah Parti Islam Semalaysia (PAS), Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ketiga-tiga pertubuhan ini sering menjadi bahan perbincangan kerana sifat pergerakkannya yang dilihat bercorak organisasi moden dan penglibatan mereka secara langsung di dalam membentuk pandangan umum tentang pelbagai persoalan di dalam masyarakat dan negara. Pertubuhan-pertubuhan ini juga dilihat mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dari segi pemikiran dan kepengikutan. Di samping tiga pertubuhan ini, terdapat beberapa lagi pertubuhan yang menjalankan dayausaha penting pembangunan ummah di negara kita seperti institusi madrasah rakyat dan pergerakan dakwah tidak formal yang bercorak kerohanian dan kebajikan.

Di dalam perbincangan tentang fenomena kebangkitan Islam, kita juga tidak harus melupakan peranan individu-indivu dari kalangan ulama’ dan agamawan, institusi agama di bawah naugan kerajaan dan tenaga professional dan pemimpin-pemimpin komuniti yang turut menyumbang dengan amat bermakna di dalam menggerakkan kesedaran Islam dan pembangunan ummah. Kesemua pertubuhan dan pergerakan Islam ini samada di peringkat organisasi, institusi atau individu, sekiranya ditanggap menerusi kacamata atau diskusi sosial semasa hari ini tergolong di dalam kategori perkumpulan masyarakat madani atau al-mujtama’ al-madani atau juga dirujuk di dalam istilah bahasa Inggeris sebagai ‘civil society’.

Kedudukan perkumpulan masyarakat madani di dalam kehidupan moden hari ini amat penting dan berpengaruh sekali terutama peranannya di dalam mempengaruhi pandangan masyarakat awam dan menentukan dasar dan hala tuju pemerintahan sesebuah negara.

2.0 Adab al-Ikhtilaf dan Gerakan Islam

Istilah adab al-iktilaf boleh dimaksudkan sebagai aturan akhlak di dalam mendepani perselisihan pendapat. Di dalam konteks perbincangan kita hari ini, ia boleh dirujuk juga sebagai satu bentuk piagam etika yang bercorak madani atau civility dari kalangan gerakan Islam bagi menangani perbezaan dan perselisihan sesama mereka. Menerusi aturan akhlak atau piagam etika ini, gerakan-gerakan Islam akan dapat memastikan kesatuan persefahaman dari sudut menjayakan cita-cita dan agenda pembangunan ummah secara mesra dan bijak tanpa digangu oleh perselisihan dan perbezaan yang boleh dihindarkan.

Menerusi penghayatan adab al-iktilaf, setiap pergerakan dan pertubuhan Islam atau seluruh perkumpulan masyarakat madani ini dapat berkembang secara organik dan kreatif di dalam situasi, keunikan dan keupayaan sendiri namun tidak terasing dari kerangka al-shahwah al-Islamiyyah. Penghayatan adab al-ikhtilaf di kalangan perkumpulan masyarakat madani ini amat penting di dalam struktur kehidupan moden hari memandangkan realitinya yang bersifat rencam dan cabarannya yang bersifat global.

Dalam kata lain, cita-cita bagi menjayakan al-sahwah al-Islamiyyah di dalam realiti moden hari ini tidak lagi mampu ditangani oleh satu-satu perkumpulan atau pergerakan dakwah. Cabaran baru kehidupan moden hari menuntut seluruh pergerakan Islam saling berhubungan dan bekerjasama menerusi konsep dan semangat “perkongsian bijak” (smart partnership) sesama mereka.

Pergerakan Islam harus saling berkongsi idea, sumber dan kemahiran secara bijak bagi menjayakan cita-cita besar bersama dan ia hanya boleh direalisasikan menerusi pengamalan dan penghayatan piagam etika atau adab al-ikhtilaf. Berikut ialah beberapa asas pendekatan atau piagam etika yang harus dihayati oleh petugas gerakan Islam yang dikutip dari pandangan Dr Sulaiman Ibrahim di dalam tulisannya “Beberapa Aspek Perselisihan Harakah Islamiah di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal”, (dalam, Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru, eds. Ahmad Redzuan Mohd Yunus, Badlihisham Mohd Nasir, Berhanundin Abdullah, Jabatan Pengajian Dakwah, UKM, 2000, 23-113):

a. Mendahulukan manhaj ilmiah Islamiah. b. Menerima kebenaran walaupun pahit. c. Meletakkan Allah SWT dan kehidupan akhirat sebagai matlamat terakhir bukan manusia, pengaruh, pangkat, politik dan lain-lain. d. Mendahulukan maslahat dakwah Islamiyyah dan umat Islam. e. Memupuk semangat pemikiran positif. f. Sentiasa bersama hujjah dan dalil. g. Mengangap perselisihan sebagai Rahmat. h. Menganggap perselisihan hanya sebagai masalah ijtihad sahaja. i. Menjauhkan diri daripada bertindak menjadi hakim dan mufti. j. Mengangap golongan yang berselisih pendapat dengan kita sebagai mad’u. k. Menghormati pandangan orang lain terutamanya para ulamak. l. Membataskan ruang lingkup dan sempadan perselisihan dalam soal dakwah Islamiyaah sahaja tanpa membabitkan soal aqidah dan hukum hakam fiqh. m. Memupuk ukhwah di kalangan semua pendakwah. n. Berbaik-baik sangka. o. Mencintai saudara pendakwah dan membawa slogan kasih saying terhadap sesama para pendakwah.

3.0 Penglibatan ABIM Dalam Adab Al-Iktilaf

Sejak ditubuhkan pada tahun 1971, ABIM telah menyumbang sedaya upaya menggerakkan al-sahwah al-Islamiyyah terutama di Malaysia di dalam pelbagai bidang dan arena dakwah. Bagi menjayakan tugas dan beban amanah yang berat ini, ABIM berpandangan ia harus dijayakan secara bersepakat sesama pergerakan Islam yang lain. Dalam kata lain, agenda perjuangan Islam dan pemerkasaan usaha dakwah harus dijayakan secara berhikmah bersandarkan pendekatan, keupayaan dan keutamaan tersendiri yang ditentukan oleh setiap pergerakan Islam.

Untuk itu, setiap pergerakan Islam tidak harus terjebak di dalam polemik, perselisihan dan perseteruan sesama sendiri tetapi haruslah saling bekerjasama dan menghormati antara satu dengan yang lain.

Pandangan dan sikap ini dapat ditelusuri dari beberapa kenyataan dan ucapan oleh pimpinan-pimpinan utama ABIM, antaranya:

Gerakan Islam perlu bersatu di atas wahdatul aqidah dan wahdatul fikr: “Sepertimana yang dijelaskan, gerakan Islam hanya akan lebih berkesan sekiranya mereka diikatkan kembali sebagai satu barisan pencinta Islam – satu barisan yang dimeteri berdasarkan wahdatul aqidah (kesatuan kepercayaan). Ini kerana sesungguhnya dalam percaturan politik dan pertembungan ideologi masa kini, kita dihadapkan dengan satu bentuk serangan baru. Dalam persiapan menghadapi apa juga bentuk pertempuran sekalipun, al-Quran al-Karim telah menyarankan agar kita membuat satu persiapan hingga tersusun satu barisan kukuh”.

“Wahdatul – fikr di kalangan pencinta Islam tidak bermaksud untuk menafikan kepelbagaian cara yang saling melengkapi dan membina. Namun ianya harus mengawasi dari nada-nada sumbang bagi menyelaraskan tenaga dalam memperjuangkan Islam. Kita mesti menimbulkan satu kebulatan fikiran, pola yang dapat meleburkan perasaan egoism, sifat ananiyah atau kebanggaan melulu terhadap wadah, kerana usaha bersama kita hanya sekadar menyinarkan kewujudan makhluk yang majazi dalam kesedaran kewujudan Allah yang yang haqiqi dan mutlak. Wadah hanyalah alat untuk menghayati Islam”. (Saudara Anwar Ibrahim, Presiden ABIM ke 2. Petikan Ucapan Dasar “Wahdatul Fikr – Penyatuan Pemikiran Dalam Gerakan Islam”).

Seluruh pergerakan Islam saling keterkaitan dan harus saling belajar mempelajari:

“Kebangkitan Islam di Malaysia tidaklah harus dilihat sebagai satu kebangkitan yang terpisah dari rangkaian gerakan Islam seluruhnya. Pengaruh dan pemikiran zaman lalu dan mutakhir telah mementukan saham besar terhadap perkembangan ini sehingga mampu dibentuk satu gerakan yang kukuh. Dasar gerakan seperti Ikhwanul Muslimin dan Jamaat Islami, kita jadikan pengalaman bersama. Pandangan tokoh-tokoh besar seperti Imam Hassan al-Banna, Maulana Abu ‘Ala al-Maududi, Uthman dan Fodio dan lain-lain kita pelajari. Pengalaman gerakan Masyumi di Indonesia; Milli Selamat di Turki dan Revolusi Islam di Iran kita jadikan bahan kajian dan perbandingan. Kajian tidak harus pula dibatasi dengan pergerakan dan tokoh semasa, akan tetapi perlu ditimbulkan sikap menghormati ulama silam dan cuba menghayati pengajaran mereka untuk mengenali tokoh-tokoh seperti Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Shah Waliyullah Dahlawi, Muhammad Iqbal dan lain-lain. Ini adalah selaras dengan sikap kita bahawa gerakan yang dinamik dan Berjaya adalah gerakan yang sifatnya terbuka dan bersedia mengkaji perkembangan sekitarnya. Akan tetapi kita harus sentiasa berasa dituntut untuk mengorak langkah dengan penuh hikmah terutama dalam menentukan kaedah dan haluan pergerakan”. (Saudara Anwar Ibrahim, Presiden ABIM ke 2. Ucapan Dasar ke 10, “Membina Generasi – Satu Gagasan”, 1981.)

Gerakan Islam hendaklah saling bekerjasama untuk kepentingan maslahah dan kebaikan: “ Keyakinan kita yang bula t kepada wadah gerakan Islam sebagai wasilah yang paling berkesan ke arah pencapaian cita-cita Islam tidak pula menjejaskann kesediaan kita untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam hal-hal yang membawa maslahah dan kebaikan kepada dan umat atas dasar at-ta’wun ‘ala ‘l-birr – kerjasama dalam hal-hal kebajikan …” (Dr Siddiq Fadzil, Presiden ABIM ke 3, Ucapan Dasar, “Garis-garis Besar Haluan Perjuangan”, 1982).

Gerakan Islam perlu menangani perpecahan ummah secara jujur dan bertanggungjawab merealisasikan misi ukhwah dan perpaduan ummah: “Ukhwah dan perpaduan ummah sebagai satu ajaran yang pokok dalam Islam harus menjadi prioriti dalam program Islamisasi. Memang ini bukan suatu proses yang mudah, apa lagi dalam suasana kewujudan berbagai wadah. Tetapi kepelbagaian ini seharusnya mewujudkan suasana fastabiqu ‘l-khayrat – perlumbaan secara sihat mengejar kebajikan, bukan mempertajamkan sikap ‘al- ‘adawata wa ‘l-baghda’ – perseteruan dan kebencian”. (Dr Siddiq Fadzil, Presiden ABIM ke 3, Ucapan Dasar, “Menyahut Cabaran Abad Kebangunan”, 1983).

Gerakan Islam harus saling bekerjasama menangani pelbagai isu umat semasa:

“Gerakan Islam pada hari ini turut terpanggil untuk bekerjasama dengan semua pihak bagi memurnikan semula aqidah sebahagian umat Islam. …..Kita tidak seharusnya membiarkan masyarakat awam di negara ini menjadi keliru dan ragu dengan pegangan agama yang tidak mengikut manhaj Ahlu’s Sunnah wal-Jama’ah”. (Dr Muhammad Nur Manuty, Presiden ABIM ke 4, Ucapan Dasar, “Ketahanan Umat: Penjanaan Generasi Abad 21”, 1994).

Tanggungjawab mengangkat martabat umat adalah tugas semua masyarakat Muslimin:

“Tugas untuk mengangkat martabat umat dan membina tamadun khayra Ummah bukanlah suatu tugas kecil tetapi sesungguhnya ia suatu tugas ‘momumental’ yang perlu dipikul oleh sesiapa sahaja yang mengaku Muslim, apatahlagi seorang mujahid dakwah”. (Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM ke 5, Ucapan Dasar, “Memugar Idealisme Perjuangan, 1997).

“Kita berpandangan bahawa tiada satu gerakan Islam pun boleh mendabik dada bahawa ia merupaka satu-satu gerakan Islam yang syumul yang mampu menangani semua cabaran dakwah di dunia ini, lantas menafikan sumbangan gerakan dakwah yang lain. Apa yang sepatutnya berlaku ialah setiap gerakan Islam yang mempunyai kekuatan masing-masing lengkap melengkapi satu sama lain dan menjadikan kerjasama ini sebagai satu kerjasama yang mendesak”. (Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM ke 5, Ucapan Dasar, “Pemerkasaan Masyarakat Islami” Awlawiyyat Gerakan Islam”, 1999).

Bagi mempertegaskan kepentingan adab al-ikhtilaf dihayati dengan sempurna oleh warga pendakwah gerakan Islam, ABIM telah menerbitkan buku khusus berkaitan persoalan ini berjudul, “Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam” oleh Dr Taha Jabir al-Alwani, 1989.

Di dalam kata pengantar buku ini untuk cetakan kedua pada tahun 1993, Hj Ahmad Azam Abdul Rahman menulis: “Umat Islam khususnya di Malaysia yang telah menunjukkan minat yang semakin mendalam terhadap perjuangan Islam sudah tentunya tidak mampu bertelagah sesama sendiri dan berterusan berpolemik serta bersaing secara tidak sihat untuk mencari pengaruh atau menegakkan prinsip harakah masing-masing.

Lantaran itu, generasi muda pewaris perjuangan ini amat perlu didedahkan kepada prinsip-prinsip serta adab berbeza pendapat dalam Islam agar kelemahan generasi lalu tidak diulang lagi demi kejayaan perjuangan mentawhidkan Allah di muka bumi ini.” Beberapa teks yang dikutip dari ucapan dan tulisan pimpinan utama ABIM memberikan gambaran tentang sikap dan pendirian pertubuhan ini terhadap kepentingan para penggerak dakwah atau petugas gerakan Islam menghayati adab al-iktilaf.

Berdasarkan pandangan-pandangan tersebut, ia jelas menunjukkan iaitu ABIM bersikap positif terhadap kepelbagaian gerakan Islam yang tumbuh hasil dari fenomena al-shahwah al-Islamiyyah di seluruh dunia sejak awal penubuhannya. Kepelbagaian gerakan Islam ditanggap oleh ABIM sebagai satu bentuk kekuatan yang perlu diraikan. Kepelbagaian yang wujud tidak boleh ditanggap sebagai satu bentuk kelemahan. Namun, kepelbagaian ini hanya mampu berubah sebagai sebuah kekuatan bilamana wujud persefahaman, kerjasama, sikap saling hormat menghormati, bantu membantu dan yang paling penting juga ialah saling pelajar mempelajari bagi mencapai satu tujuan iaitu mengangkat martabat umat dan membina Khayra Ummah.

4.0 Penglibatan ABIM dalam Pengurusan Adab al-Iktilaf Masa Kini.

Di dalam pengalaman semasa, penglibatan ABIM di dalam pengurusan adab al-iktilaf boleh dilihat di dalam beberapa peristiwa. Satu pengalaman yang paling dekat ialah penglibatan ABIM bersama-sama dengan pertubuhan dan pergerakan Islam dan perkumpulan masyarakat madani di negara ini di dalam menangani dan mengurus gelombang kebangkitan rakyat di era Reformasi pada 1998 dan selepasnya.

Sebagaimana diketahui umum, di dalam sejarah perpolitikan negara, kisah pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada September 1998 merupakan antara peristiwa yang menjadi titik tolak yang penting di dalam perkembangan masyarakat di negara ini. Di awal peristiwa ini, telah berlaku satu bentuk protes besar-besaran oleh rakyat kerana tidak berpuashati terhadap keputusan kepimpinan kerajaan pada waktu itu dan layanan mereka terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Sebagai sebuah gerakan dakwah, ABIM mengambil sikap bertanggungjawab menangani dan menguruskan gelombang kebangkitan rakyat dengan terlibat di dalam dua inisiatif iaitu: Pertama, ABIM bersama-sama dengan beberapa pertubuhan Islam seperti JIM, Asasi (Akademi Sains Islam) dan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) telah menubuhkan Gerakan Reformasi Rakyat.

Kedua, ABIM bersama-sama dengan beberapa pertubuhan Islam yang lain telah mendokong inisiatif yang dijayakan oleh PAS di bawah pimpinan Almarhum Dato’ Hj Fadhil Noor, menubuhkan GERAK bagi menangani dan menguruskan permasalahan baru masyarakat ini. Di dalam konteks perbincangan kita berhubung dengan pengurusan adab al-iktilaf, penglibatan dan penyatuan gerakan Islam di dalam memperjuangkan satu isu yang disepakati mempunyai kepentingan bersama adalah satu bentuk pengalaman baru di dalam gerak kerja dakwah dalam erti kata yang luas.

Penglibatan gerakan Islam yang pelbagai di dalam memperjuangan dan membela isu keadilan kepada seorang individu yang dilihat telah teraniaya dan dizalimi oleh sistem pemerintahan secara sepakat merupakan satu bentuk pengalaman baru yang penting dalam konteks pengurusan adab al-ikhtilaf masa kini. Barangkali penglibatan kedua ABIM di dalam pengurusan adab al-iktilaf ialah di dalam menangani ancaman usaha pengliberalan masyarakat Malaysia di mana prosesnya telah melibatkan persoalan kerukunan prinsip dan amalan keagamaan masyarakat Melayu-Islam.

Antara peristiwa penting berkaitan dengan hal ini ialah kisah Lina Joy iaitu satu kes berkaitan dengan isu pertukaran agama beberapa tahun lalu. Kes memberi cabaran kepada masyarakat Islam di negara ini kerana ia berhubungkait dengan kedudukan dan wibawa perundangan syariah di dalam negara serta dilihat sebagai sebahagian dari usaha memudahkan dan menggalakkan proses pemurtadan.

Bagi mendepani cabaran ini dan menangani rasa keterancaman masyarakat terhadap langkah-langkah yang dilihat asas menuju proses pengliberalan tanpa had, ABIM di bawah kepimpinan Dr Yusri Mohammad bersama-sama dengan beberapa pergerakan Islam dan perkumpulan masyarakat madani yang prihatin telah menubuhkan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).

Pertubuhan ini telah menjadi kumpulan benteng memperjuangkan isu-isu perundangan Islam dan usaha meningkatkan kewibawaannya di dalam sistem perundangan di negara ini. Penglibatan ABIM di dalam pengurusan adab al-ikhtilaf dapat dilihat di dalam komitmennya terhadap penubuhan dan aktiviti perikatan pertubuhan Islam yang dikenali sebagai ACCIN (Allied Coordinating Council of Islamic NGOs).

Di dalam rekod yang dimiliki, antara pertubuhan yang menggangotai ACCIN selain ABIM ialah: a. Jemaah Islah Malaysia (JIM). b. Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) c. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) d. Persatuan Darul Fitrah Malaysia e. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) f. Research and Information Centre on Islam (RICOI) g. Persatuan al-Hunafa’ h. Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (JAM’IYYAH).

ABIM adalah antara anggota awal dan aktif di dalam ACCIN sehingga ke hari ini. Ia adalah badan pemuafakatan rasmi yang telah diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai mewakili suara NGO Islam di negara ini. Baru-baru ini, ACCIN bersama-sama dengan JAKIM, IKIM, INFAD telah dilantik sebagai anggota tetap di dalam satu jawatankuasa dialog antara agama dibawah naugan Kabinet Malaysia dipengerusikan oleh Dato’ Hajjah Ilahi Ishak, iaitu: Jawatankuasa Bagi Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian di antara Penganut Agama.

Sebagai ahli aktif ACCIN, ABIM juga telah dilantikan sebagai ahli ke mesyuarat Jawatankuasa ini.

5.0 Penutup Begitulah antara beberapa pengalaman penglibatan ABIM di dalam pengurusan adab al-ikhtilaf masa kini. Di dalam penelusuran saya sepanjang pengalaman ini dan sebagai, saya mendapati:

1. Adab al-Iktilaf sebagai satu bentuk persefahaman gerak kerja sesame gerakan Islam bukan suatu yang ideal untuk dicapai malah satu yang bersifat praktikal.

2. Adab al-Ikhtilaf di dalam kalangan gerakan Islam dapat dijayakan sekiranya konsep kesatuan di dalam kepelbagaian dapat benar-benar dihayati dalam bentuk gerak kerja bersama yang bersifat amal-Islami.

3. Adab al-Iktilaf dapat dijelmakan sekiranya gerakan Islam dapat mencapai tahap pemahaman dan perkongsian yang jelas terhadap cita-cita, agenda dan kepentingan atau maslahah yang ingin sama-sama dijayakan atau diperjuangkan.

4. Adab al-Iktilaf boleh direalisasikan menerusi penubuhan instrumen atau wahana khusus bagi menjayakan satu persefahaman bersama yang disepakati.

5. Adab al-Iktilaf akan dapat dijayakan apabila nilai-nilai madani dihayati di dalam pengurusan sebuah organisasi semasa hari ini. Nilai-nilai ini berasaskan semangat penghormatan dari segi status setiap pergerakan dan bersedia menerima kepimpinan yang disepakati secara musyawarah sesama anggota pergerakan Islam.

Oleh Dr. Muhamad Razak Idris

Mantan Timbalan Presiden PKPIM & Presiden ABIM

(Kertas kerja dibentang di Wacana Pengurusan Adab al-Ikhtilaf anjuran UKM-KUIS pada 8 November 2010 di KUIS).

KEM KEPEMIMPINAN MAHASISWI NASIONAL (KEMAS ’12)
Bismillahirrahmanirrahim

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, program KEMAS ’12 berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 febuari yang lepas. Selawat dan salam atas Nabi junjungan Muhammad S.A.W kerana atas usaha baginda dan para sahabat mengeluarkan ummat manusia dari kepompong kegelapan.

Program KEMAS’12 yang dilaksanakan di Villa Cikgu Hashim, pekan Kuala Kangsar  berjaya mengumpulkan mahasisiwi-mahasiswi yang berjiwa kental dari segenap penjuru Malaysia. Antara pengisian yang ditekan pada KEMAS’12 adalah bagaimana memposisikan peranan HEWI dalam kalangan masyarakat.

Selama tiga hari peserta yang terdiri dari kepimpinan Majlis HEWI peringkat Negeri dan Kampus telah diberi pengisian berbentuk tarbiyyah harakiah, peranan wanita dalam dakwah lapangan dan juga menyentuh aspek pengurusan emosi dan hati yang sinonim dengan wanita.

Selain daripada itu, program ini juga berjaya memuatkan aktiviti kemasyarakatan, dimana semua peserta dikehendaki untuk membuat sesi temu rumah dengan masyarakat setempat serta pelancong yang datang berkaitan beberapa isu semasa. Mereka juga diminta untuk mengemukakan pendapat tentang sambutan ‘Maulud Nabi’ dan pemahaman Islam. Dapatan dari aktiviti ini mendapati bahawa masyarakat rata-ratanya masih tidak peka dengan pengamalan Islam secara keseluruhan. Malahan, sensitiviti terhadap hari keputraan Baginda Nabi Muhammad s.w.t juga tidak dihayati dengan baik oleh segelintir golongan. Rentetan dari aktiviti ini membuahkan beberapa resolusi untuk Majlis HEWI turun ke lapangan masyarakat dalam membantu mereka memahami Islam dengan lebih mendalam.

Oleh yang demikian, Majlis HEWI Kebangssan (MHK), selaku penganjur Kem Kepemimpinan Mahasiswi Nasional [KEMAS’12] mengharap supaya mahasiswi-mahasiswi yang lahir daripada KEMAS’12 ini mampu untuk terlibat secara proaktif dalam misi mendidik masyarakat secara aktivisme dan memanfaatkan kelebihan advokasi yang sedia ada.

‘ATIQAH SYAIRAH SHAHRUDDIN

Timbalan Pengerusi HEWI 1

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Kunjung hormat PKPIM dan Kumpulan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) ke Wisma Negeri
Kunjung hormat oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Kumpulan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) ke Wisma Negeri menemui Exco Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Hj.Khazan bin Che Mat telah diadakan pada 2 Februari 2012 bersamaan 9 RabiulAwal 1433H yang lepas. PKPIM diwakili oleh sdr.  Ahmad Fahmi bin Samsudin (Presiden) manakala KEPITAR diwakili oleh tiga orang pimpinan yang diwakili oleh sdri. Najibah Mahirah binti Hj. Awang (Timb.Hewi), sdri.Khairun Nisaa’ binti Mohd Nor (Pen. Setiausaha) dan Che Farhana binti Che Mohd Hanafi (ExcoDakwah).

Tujuan kunjung hormat ini diadakan adalah bagi mengetengahkan fungsi PKPIM dan KEPITAR selaku NGO pelajar Islam di peringkat negeri Terengganu amnya dan merupakan Badan Gabungan Negeri (BGN) kepada PKPIM khususnya di samping mengutarakan cadangan dan bentuk kerjasama yang boleh diwujudkan menerusi penglibatan kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Antara cadangan yang dikemukakan oleh YB Khazan adalah penglibatan persatuan pelajar di peringkat kampus harus digiatkan dengan menyalurkan maklumat berkenaan golongan pelajar yang tidak berkemampuan kepada agensi yang berperanan menyalurkan zakat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Tambah beliau lagi, kerjasama seperti ini akan memastikan bantuan zakat dapat diagihkan dengan berkesan dan lancar.

PKPIM dan KEPITAR turut membentangkan beberapa aktiviti yang telah dan akan dijalankan melibatkan penglibatan anak-anak negeri Terengganu. Antaranya adalah program tahunan, Perkampungan Menara Gading Terengganu melibatkan lepasan SPM dan STPM yang akan dilaksanakan buat kali ketiga pada 23-25 Februari 2012 bertempat di Akademi Kepimpinan GPMS Terengganu, Batu Rakit. YB Khazan turut menyatakan persetujuan beliau bagi merasmikan Perkampungan Menara Gading Terengganu pada kali ini dan kesediaan memperuntukkan sejumlah sumbangan bagi menjayakan  program Perkampungan Menara Gading yang merupakan antara produk terbaik yang pernah ditampilkan oleh PKPIM dewasa ini.

Pertemuan yang berlansung sekitar setengah jam berjalan dengan baik dan lancar. Pada akhir pertemuan, sdr. Ahmad Fahmi menyampaikan cenderahati kepada YB Khazan berupa senaskhah buku bertajuk PKPIM 5 Dasawarsa dan dibalas dengan sebuah buku biografi Tan Sri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad, bekas Menteri Besar Terengganu yang disampaikan oleh YB Khazan kepada Presiden PKPIM.

DARI MEJA SUA : SALAM MAULIDURRASUL
“Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehinggalah aku lebih dicintai daripada anaknya, orang tuanya, dan manusia seluruhnya”.

(Riwayat Imam Bukhari & Muslim).

Hak untuk setiap insan meluahkan dan mengatakan dirinya mencintai Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah dikekang atau dihalang sama sekali. Walau bagaimanapun, ia akan dianggap mitos jika ia tidak di ikuti dengan perbuatan untuk sama-sama mengikut langkah dan pengajaran yang telah ditinggalkan oleh Baginda S.A.W. Namun tidaklah dinafikan juga bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud.

Rabi’ul Awal yang tiba setiap tahun menjadi saksi betapa kerinduan pada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sering diraikan bagi mengingati kelahiran Baginda. Disebalik perayaan yang dijadikan takwim wajib untuk cuti tahunan ini, sejauh manakah kita memahami dan menghayati sejarah ulung hidup Baginda S.A.W. Oleh kerana itu, ia tidak boleh dijadikan ukuran sebenar sehinggalah seluruh aspek kehidupan kita berpandukan ajaran dari Baginda S.A.W.

“Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan-perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang biawak nescaya kamu memasukinya juga.”

(Hadith riwayat Muslim)

Kenyataan yang dilafazkan oleh Baginda S.A.W. 1400 tahun dahulu membuatkan kita sentiasa dalam keadaan yang perlu berwaspada agar tidak terjerat ke kancah kesesatan. Inilah hikmah yang telah ditinggalkan dan perlunya bagi kita golongan muda terutamanya mengambil iktibar dalam membentuk peribadi Muslim yang berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.

Mari sama-sama kita sorot kembali jasa besar Nabi Muhammad S.A.W. Baginda membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati. Tidak disangkal lagi, semuanya ini memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi dalam perjuangan.

Kehidupan Baginda S.A.W sebagai seorang pendakwah sepenuh masa sememangnya sentiasa diuji dan dirintangi dengan mehnah dan tribulasi. Ketahanan dan tarbiyah yang berterusan dari Allah menjadikan Baginda S.A.W seoarang suri tauladan yang cukup hebat dalam lapangan dakwah. Sangat memalukan untuk kita yang seringkali bermain kalimah-kalimah dakwah di bibir tetapi tidak mampu menahan ujian dan rintangan dalam perjuangan. Dan akhirnya gugur di pertengahan jalan.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Ankabut ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;

“Alif Lam Mim. Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”.

(Al-Ankabut: 1 – 3)

Amaran dan peringatan Allah s.w.t. ini menjelaskan tentang kasih sayang-Nya kepada manusia bukanlah sebagai ugutan atau amaran keras. Maka, apabila datangnya ujian dari Allah s.w.t., maka bersabarlah kerana mereka itulah yang bakal mendapat keberuntungan yang besar.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ini pernah berpesan kepada kader-kader dakwah ;

“Seorang pendakwah yang memiliki watak yang hebat adalah seorang pendakwah yang memiliki aqidah yang selamat. Ini adalah tunjang dan perkara yang paling asas. Ia diibaratkan seperti pokok, ianya akan bertahan dan kuat sekiranya akarnya sihat dan memanjang sehingga ke dalam bumi. Aqidah yang utuh akan menghasilkan akhlak yang terpuji. Maka, contoh yang terbaik adalah Rasulullah s.a.w. yang diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.”

Benarlah, hanya dengan memiliki aqidah yang menjadi tunjang kekuatan peribadi Muslim membuatkan kita sentiasa melihat dan percaya bahawa setiap halangan dan ujian yang kunjung tiba itu mempunyai nilai positif yang besar di sisi Allah. Mustahil Dia membiarkan kita sengsara memperjuangkan agamaNya.

Allah juga menerangkan dalam Surah Al-Fushilat ayat 33 yang memberikan kita motivasi untuk terus menerus berada di jalan dakwah :

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Maka, jika seluruh umat Islam memahami dan menghayati ayat ini tidak mustahil bumi ini subur dengan keadaan yang cukup harmoni, aman dan sejahtera.

Melihat di sudut pembinaan golongan muda belia terutamanya, sejarah telah membuktikan Rasulullah S.A.W. amat menitik beratkan tarbiah kepada golongan belia ini sehingga lahirnya para belia yang cukup komited dan kuat pembinaan jatidiri aqidahnya sehingga mampu mencorak dunia Islam. Sebagai contoh, beberapa sahabat seperti Saidina Ali telah dididik dan diamanahkan membawa panji-panji Islam dalam peperangan Badar ketika umurnya 20 tahun. Sementara Zaid bin Tsabit diberi mandat membawa panji-panji perang Tabuk pada usia muda remaja, Usamah bin Zaid juga mengetuai bala tentera ketika umurnya baru mencecah 17 tahun.

Menyelami sirah sahabat Baginda S.A.W. lebih menjadikan kita terfikir sejauh manakah sumbangan kita terhadap Islam di waktu umur muda sedang bergerak laju meninggalkan angan-angan kita sendiri. Adakah kita sudah cukup menguasai ilmu-ilmu semasa yang juga sangat penting untuk bekalan pendakwah agar merasa tidak terpinggir dan menepati keperluan masyarakat semasa. Justeru, harus ada usaha untuk mempelajari ilmu insan yang ingin dididik untuk memudahkan usaha dakwah.

Sebagai akhirnya, umat Islam sangat wajar untuk memiliki sekurang-kurangnya senaskhah sirah Rasulullah S.A.W sebagai koleksi bacaan peribadi, kerana memahami dan meneladani Rasulullah S.A.W merupakan suatu kewajipan bagi semua umat Islam khasnya. Perkara ini tidak akan dapat dicapai melainkan melalui proses pencarian ilmu. Marilah kita sama-sama mengambil semangat Maulidur Rasul pada tahun ini untuk sama-sama berazam menjadikan kehidupan Baginda S.A.W sebagai cara hidup sekaligus dapat membentuk masyarakat yang dipandang tinggi di sisiNya. InsyaAllah.

“Janganlah engkau berputus asa, kerana putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah kenyataan hari ini adalah mimpi hari semalam dan impian hari ini adalah kenyataan di hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam di jiwa masyarakat kita. Walaupun fenomena kerosakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan kuat selamanya.”

(Imam Hassan al-Banna)

Mohd Shazni Abdullah

Setiausaha Agung PKPIM

Laman Qiyadi

3 Feb 2012

Jual Ukhuwwah kerana Lain Fikrah?
Ukhuwwah bermaksud tali persaudaraan antara umat Islam dimana setiap mereka yang beragama Islam tidak kira mana-mana bangsa dan kumpulan adalah bersaudara yang memberi erti batapa Islam mengajar penganutnya supaya menerapkan nilai berkasih sayang antara satu sama lain dan menggunakan perkataan saudara yang melambangkan betapa rapatnya umat Islam ini bagaikan satu darah keturunan. Sebagaimana sabda Rsulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara.”

Ungkapan “Sedangkan lidah pun tergigit” merupakan peribahasa melayu yang di ketahui ramai,peribahasa ini adalah kata-kata nenek moyang kita yang berkongi pengalaman melalui ungkapan-ungkapan seperti ini dan memberi maksud perbalahan antara adik-beradik atau sesama saudara ini adalah perkara lumrah seperti satu lagi ungkapan lain yang agak popular iaitu, “air di cincang tak akan putus.”

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa yang berlaku dan ada sehinggakan melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan kumpulan biarpun dalam satu syahadah dan agama. Dalam sejarah umat Islam sudah banyak aliran fahaman yang diwujudkan sebagai mana bermula daripada mazhab sehinggalah kepada puak-puak yang berorientasikan fahaman politik.

Isu Mazhab sudah lama selesai sebagai mana yang kita lihat dan amalkan sekarang, biarpun pada asalnya Mazhab Islam cukup banyak, tetapi sudah ia ditapis dan dinilai kembali oleh para ulamak berdasarkan pandangan Al-Quran & Sunnah yang ahkirnya  empat sahaja mazhab yang perlu di amalkan oleh umat Islam iaitu Mazhab Hanafi, Shafi’e, Hambali, dan Maliki. Ia tidak terhenti sebegitu sahaja kerana bimbang berlaku bergaduh antara mazhab. Olehyangdemikian, Para Ulamak mengambil pendekatan untuk satu kan semua mazhab ini di bawah satu kelompok yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jammah ( Kumpulan yang mengikut Sunnah Rasulullah dan bersatu) yang membezakan dengan kumpulan lain seperti Syiah.

Inilah langkah yang diambil oleh ulamak-ulamak silam bagi menjaga persaudaraan umat Islam yang Alhamdulillah kekal sehingga sekarang. Namum kita tidak boleh berselesa kerana musuh Islam sentiasa mengatur strategi untuk memecahkan umat Islam melalui pemikiran sehinggakan muncul istilah-istilah pemikiran orang Islam yang mencabar hukum agamanya sendiri seperti Libralisme, Sekularlisme , Pluralisme, Hidorisme, dan lain-lain lagi.

Serangan ini dikenali sebagai perang saraf yang timbul selepas musuh Islam sudah berputus asa menyerang umat Islam dengan cara peperangan dimedan. Hasil daripada ini lah lahirnya pelbagai pandangan tantang agama Islam oleh umat Islam sendiri sehinggakan ada yang mengambil pendekatan lain selain hukum Fiqah.

Selain itu, mereka juga menggunakan fahaman politik bagi membuatkan umat Islam berlawan sesama sendiri. Mereka memperjuangkan pelbagai isu seperti bangsa, hak asasi manusi, konsep kenegaraan dan lain-lain lagi. Tetapi persoalannya adakah semua mereka ini komited dengan perjuangan masing-masing atau hanya semangat semata-mata totok dengan erti masing-masing tidak faham apa yang diperjuangakan parti itu

Perselisihan pendapat adalah perkara lumrah yang berlaku dalam kehidupan manusia dan oleh sebab itu Allah mengantar Rasul di setiap zaman bagi menyatukan emikiran manusia ini dengan menggunakan agama.

Agama Islam adalah agama yang paling lengkap yang mencakupi seluruh kehidupan demi menjamin kesejahteraan di akhirat. Dalam Islam kita di ajar cara bersabar, beradab, bersangka baik dan juga berbincang dengan baik (hikmah) antara umat Islam seperti mesyuarat yang diajar oleh Rasulullah atau yang dikenali sebagai “Syura’”.

Sifat ego dan merasakan dirinya atau kumpulanya itu hebat dan betul adalah bercanggah sama sekali dengan apa yang diajar oleh Islam. Islam mengajar berbincang selagi mereka itu masih kukuh dengan aqidahnya dan tidak semestinya mereka yang parti lain contonhya adalah salah semuanya? Adakah mereka ini benar-benar dari parti poltik lawan?

Apa-apapun yang paling penting adalah jaga lah ukhuwwah, jangan lah bermasam muka kerana isu yang tidak mengaitkan percanggahan Aqidah dan ambillah jalan tengah. Umat Islam juga diajar menilai sesuatu pandangan yang tidak bias atau berkaitan dengan hal-hal yang dibenci terhadap orang itu, tetapi befikiran rasional dalam apa yang hendak dibincangkan dan diputuskan dengan baik hingga mencapai persepakan yang diinginkan.

Bagi melahirkan generasi umat Islam yang berkualiti haruslah dengan bantuan semua pihak dengan menunjukan teladan yang baik, yang lepas biarlah lepas dan selagi kita dibawah satu Syahadat, selagi kita berpegang dengan Al-Quran dan menyebut kalam yang salam, marilah sama-sama kita pelihara pertalian persaudaraan dan menantang musuh-musuh Islam yang nyata itu.

MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD

Exco Dokumentasi & Penerbitan PKPIM 2011/2012

7th International Youth Gathering
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sekali lagi dijemput menghadiri persidangan tahunan belia-belia Islam anjuran The Union of NGOs of The Islamic World  (UNIW). Program yang berjalan selama 9 hari ini telah disertai oleh 2 orang wakil dari PKPIM Pusat, Setiausaha Agung dan juga Naib Presiden Antarabangsa yang berlangsung di Khortum Sudan.

Tema persidangan kali ini ialah kearah penyatuan umat Islam, dan PKPIM telah membentangkan satu kertas kerja yang berkisar mengenai civil society . Hampir 10 buah negara dan 50 orang belia dari pelbagai pelusuk negara telah menjayakan program yang bersejarah ini.

Para perwakilan telah bersepakat pada persidangan tersebut, hanya dengan menghayati dan mendalami ilmu Islam secara keseluruhannya akan membentuk jatidiri dan nilai sesebuah bangsa sekaligus menyatukan hati keseluruhan penggerak belia untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk Islam pada masa akan datang.

Semoga hubungan yang terjalin bersama keseluruhan peserta akan erat kekal selamanya demi menjayakan misi menyebarkan Islam tercinta.