Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

PKPIM ANJUR BERSAMA MUKHAYYAM AN-NUR 2013

an-nur

Program:
Mukhayyam An-Nur 2013

Tarikh:
23 – 27 Disember 2013 (Isnin-Jumaat)

Tempat:
Kem D’Iman, Semungkis, Hulu Langat, Selangor 

Sasaran Peserta:
Pemuda lelaki berusia 16 hingga 18 tahun 

Yuran Komitmen:
RM 150.00 sahaja (untuk 5 hari 4 malam)

Penghayatan Islam dan pengukuhan Iman adalah kaedah paling berkesan dalam melakukan proses Islah dalam kalangan masyarakat Muslim. Proses ini harus berjalan secara konsisten, bersistem, memfokus kepada kumpulan sasar dan terorganisasi.

Oleh yang demikian, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pemikir An-Nur, dengan kerjasama Yayasan Hayrat (Turki) telah bersepakat untuk menganjurkan Mukhayyam An-Nur.

Hayrat-vakfi-logo

Mukhayyam ini akan dikendalikan oleh para aktivis Pertubuhan Hayrat Vakfi (Yayasan Hayrat) dari Turki. Guru-guru Allahyarham Ahmad Ammar akan mengendalikan program ini. Yayasan Hayrat adalah sebuah pertubuhan dakwah yang berpusat di Turki. Pertubuhan ini merupakan lanjutan daripada perjuangan ulama dan cendekiawan Turki yang juga dikenali sebagai “penyelamat Akidah bangsa Turki”: Said Nursi Badiuzzaman yang masyhur dengan karya agong beliau, Risalah An-Nur.

majalah

Baru-baru ini juga, kita digemparkan dengan pemergian ke RahmatulLah seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Turki, yang kemudiannya menjadi fenomena dakwah di Malaysia, Almarhum Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam (http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE). Beliau merupakan antara insan yang ditarbiyah oleh para da’i dari Yayasan Hayrat.

Tempat adalah terhad. InshaAllah ada manfaatnya daripada penyertaan dalam mukhayyam ini.

HIDUP BIAR BERJASA

ARTIKEL & BERITA PKPIM

PERUTUSAN KHAS TAHUN BAHARU PRESIDEN PKPIM 23/24

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua rakyat Malaysia. Pada tahun baru ini, bersama-sama kita memanjatkan doa agar saudara-saudara di Palestin dipermudahkan segala urusan [...]
Read more

Program Dan Video

Kesemua video-video program dan pengisian terdahulu disimpan di channel ini.

Sembang Demokrasi Siri 4.0

Sembang Demokrasi Siri 3.0

Sembang Demokrasi Siri 2.0

Mari Sertai Kami, Hidup Biar Berjasa!

(PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Lokasi Kami
  • No. 8, Tkt, 1, Jalan Tc 2a/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur 53300 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +6017 372 0453 (SUK PKPIM)
  • pkpim_spp@yahoo.com
  • Isnin - Jumaat
    8.00AM - 5.00 PM
Ikuti Kami
PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.
Copyright 2024 © PKPIM All rights reserved. | Laman ini dikendalikan oleh PKPIMedia dan MASSA, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)