SEJARAH

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | National Union Of Malaysian Muslim Students | الإثحاد لطلاب المسلمين المالزيين (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan. Ia telah ditubuhkan pada tahun 31 Mac 1961 di Asrama Kedua, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. PKPIM pada awal penubuhannya dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) dan hanya pada 29 September 1965, PKPIPTM ditukarkan namanya menjadi PKPIM.

Sejarah penubuhan

Penubuhan PKPIM ini diusahakan oleh sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 10 orang pemimpin pelajar daripada lima institusi pendidikan tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur (sekarang Universiti Teknologi Malaysia), Maktab Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia), Kolej Islam Malaya (sekarang Maktab Perguruan Islam) dan Maktab Perguruan Bahasa. Tujuan utama penubuhan persatuan ini pada awalnya adalah untuk menjadi wakil tunggal pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada waktu itu untuk berhubung dengan badan-badan pelajar Islam di luar negeri.

PKPIM ditubuhkan atas dasar inisiatif yang timbul kesan dari Seminar Pelajar Islam Se Malaysia yang pertama kali dianjurkan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya. Beberapa persatuan pelajar Islam dari luar negara seperti Malaya, Indonesia, Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon menjadi perwakilan pada hari tersebut. Seminar ini merupakan seminar pertama yang dianjurkan oleh para pelajar atas nama Islam.

Hasil dari seminar tersebut beberapa resolusi telah dibentuk iaitu persatuan pelajar-pelajar Islam PTM perlu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di PTM dan perlunya PTM mengadakan satu institusi pengajian tinggi (universiti) bagi memenuhi keperluan pengajian Islam yang ada di negara ini. Hasil dari resolusi yang dibuat, maka Jawatankuasa Seminar memberi mandat untuk membentuk satu Jawatankuasa Penaja penubuhan PKPIM. Hasilnya, terbentuklah satu Jawatankuasa Perancang penubuhan PKPIM yang kebanyakan ahlinya terdiri dari Jawatankuasa seminar tersebut. Berikut adalah senarai nama 10 orang pemimpin pelajar yang dimaksudkan: [perlu rujukan]

  1. Sulaiman Hj. Nordin Pengerusi (Maktab Pertanian Malaya)
  2. Ahmad Johari Setiausaha Maktab Pertanian Malaya)
  3. W. Jaafar Abdullah (Universiti Malaya)
  4. Mohd Ghazali Abdullah] (Universiti Malaya)
  5. Azizuddin Meor Hamzah (Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  6. Annuar Hj. Ab. Razak ( Maktab Teknik Kuala Lumpur)
  7. Ismail Ibrahim (Kolej Islam Malaya)
  8. Ahmad Awang (Kolej Islam Malaya)
  9. Ab. Rahman Hj. Taib (Maktab Perguruan Bahasa)
  10. Zainal Adnan Yang Yahya (Maktab Perguruan Bahasa)

Jawatankuasa Perancang ini kemudiannya mengadakan beberapa siri mesyuarat yang bermula dari tarikh 2 Oktober 1960 di Asrama Pertama dan Asrama Kedua Universiti Malaya bagi membincangkan masalah pembentukan persatuan dan merangka perlembagaan PKPIM. Akhirnya pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, PKPIM telah berjaya ditubuhkan dengan gabungan 5 institusi pengajian tempatan dan 3 bulan kemudian pada 27 Jun 1961 PKPIPTM telah berjaya didaftarkan. Sejak itu PKPIM terus berkembang sehingga mencetuskan kesedaran Islamiah di kalangan generasi muda sehingga kini khususnya pada akhir dekad 60an dan awal dekad 70an.

Presiden-presiden

Kini PKPIM masih lagi berada di persada dakwah selama 44 tahun dan terus kekal dalam usaha melahirkan generasi pelajar yang mempunyai kualiti keinsanan yang bersepadu bagi menghadapi cabaran semasa. Dengan penuh iltizam, PKPIM cuba sedaya upaya menjadi wadah pelajar yang paling berpengaruh, mampu menyelaraskan pergerakan pelajar Islam di seluruh negara serta menjadi jurubicara pelajar yang dihormati. Di bawah disenaraikan nama-nama Presiden PKPIM yang telah menggerakkan persatuan ini:

  1. Hanafiah Ahmad Sesi 1961/62
  2. Wan Jaafar Abdullah Sesi 1962/63
  3. Shaari Tadin Sesi 1963/64
  4. Shaari Tadin Sesi 1964/65
  5. Wan Fauzi Wan Mahmud Sesi 1965/66
  6. Wan Ismail Wan Ibrahim Sesi 1966/67
  7. Ismail Daud Sesi 1967/68
  8. Anwar Ibrahim Sesi 1968/69
  9. Anwar Ibrahim Sesi 1969/70
  10. Anwar Ibrahim Sesi 1970/71
  11. Kamaruddin Mohd. Nor Sesi 1971/72
  12. Ramli Ibrahim Sesi 1972/73
  13. Siddiq Fadhil Sesi 1973/74
  14. Abdul Rahman Rukaini Sesi 1974/75
  15. Wan Hamid Wan Teh Sesi 1975/76
  16. Ismail Basri Sesi 1976/77
  17. Fuad Hassan Sesi 1977/78
  18. Fuad Hassan Sesi 1978/79
  19. Fuad Hassan Sesi 1979/80
  20. Fuad Hassan Sesi 1980/81
  21. Abdul Malik Awang Kechil Sesi 1981/82
  22. Abdul Malik Awang Kechil Sesi 1982/83
  23. Abdul Manaf Haji Deraman Sesi 1983/84
  24. Azmi Shah Suratman Sesi 1984/85
  25. Azmi Shah Suratman Sesi 1985/86
  26. Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1986/87
  27. Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1987/88
  28. Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1988/89
  29. Mustaffa Kamil Ayob Sesi 1989/90
  30. Wan Ahmad Tarmizi Abdul Aziz Sesi 1990/91
  31. Khalek Awang Sesi 1991/92
  32. Khalek Awang Sesi 1992/93
  33. Khalek Awang Sesi 1993/94
  34. Khalek Awang Sesi 1994/95
  35. Yusri Mohamad Sesi 1995/96
  36. Yusri Mohamad Sesi 1996/97
  37. Amidi Manan Sesi 1997/98
  38. Amidi Manan Sesi 1998/99
  39. Asyraf Wajdi Hj Dusuki Sesi 1999/2000
  40. Asyraf Wajdi Hj Dusuki Sesi 2000/01
  41. Mohd Zaidi Aziz Sesi 2001/02
  42. Mohd Zaidi Aziz Sesi 2002/03
  43. Mohd Raimi Abdul Rahim Sesi 2003/04
  44. Mohd Raimi Abdul Rahim Sesi 2004/05
  45. Mohd Suhail AhmadSesi 2005/2006
  46. Mohd Hilmi Ramli Sesi 2006/2007
  47. Mohd Hilmi Ramli Sesi 2007/2008
  48. Mohd Hilmi Ramli Sesi 2008/2009
  49. Muhammad Faisal bin Abdul Aziz Sesi 2009/2010
  50. Muhammad Faisal bin Abdul Aziz Sesi 2010/2011
  51. Ahmad Fahmi Bin Mohd Samsudin Sesi 2011/2012